Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam

Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam
link : Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam

Baca juga


Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam

 Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kroninya, Zuraida Kamaruddin hanya akan bersikap lepas tangan dan tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku kepada Ketua Angkatan Muda PKR, Datuk Adam Rosly.

Ini kerana Jamal menjelaskan, kedua-dua pemimpin tersebut hanyalah mementingkan diri dan hanya terus mengutip kekayaan Selangor kerana bimbang dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Adam adalah anak muda yang tak tahu apa sangat dalam politik, dia anak muda yang kurang bijak, tapi apa yang berlaku terhadap dirinya adalah kerana Azmin dan kerana Zuraida. kalau kita tengok balik Adam ni hanyalah pegawai khas kepada Zuraida sahaja tapi memiliki kekayaan luar biasa, kalau dia dah sekaya itu, bosnya apatah lagi?

“Tapi bila dah ditahan SPRM, dia lupa yang Azmin dan Zuraida tidak akan pedulikan dia pun sebab kedua-duanya hanya mementingkan diri  diri mereka sahaja,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan Adam oleh SPRM pada 13 April lalu bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan.

“Saya bersimpati dengan Adam sebab Zuraida tak akan pedulikan dia pun sebenarnya, maksudnya apa yang berlaku Adam kena tanggung sendiri lah, tapi saya yakin Adam akan dedahkan maklumat kepada SPRM tentang apa yang berlaku,” ujarnya.

Tambah Jamal, beliau akan membuat pendedahan mengenai pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Zuraida dalam masa yang terdekat, bersekali dengan dokumen terperinci mengenai perkara itu.

Dalam pada itu difahamkan SPRM telah merampas lima kenderaan mewah Adam iaitu kereta Toyota Vellfire, Mercedez Benz C200, BMW 5 Series, Mini Cooper dan Audi A6.

Satu daripada kenderaan itu bernombor W171V yang didaftarkan atas nama Mohd Fadhli Murzaffar beralamat Kampung Nakhoda.

Namun atas rekod ia adalah kenderaan Honda Jazz 1.5 tetapi diletakkan pada Vellfire.


Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam

Sekianlah artikel Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/azmin-zuraida-kutip-kekayaan-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Azmin, Zuraida kutip kekayaan Selangor, takkan pedulikan Adam"

Posting Komentar