Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler

Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler
link : Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler

Baca juga


Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler

Projek mega pembinaan sebuah bandar baru bernilai lebih RM30 bilion diluluskan oleh kerajaan Selangor pimpinan Datuk Seri Azmin Ali di kawasan tadahan air Paya Indah Wetlands.

Mendedahkan perkara itu, Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa projek yang bakal dibangunkan Syarikat Gamuda Berhad itu menelan belanja RM30 bilion, namun beliau tidak menyertakan maklumat  lebih terperinci.

" Setelah dua minggu membeli tanah ini daripada syarikat asalnya, Azmin Ali meluluskan permohonan tersebut untuk memajukan  kawasan ini dijadikan bandar baru.

“Kenapa terburu-buru untuk memberikan kelulusan kepada Syarikat Gamuda untuk memajukan  kawasan ini, adakah kontrak bernilai RM30 bilion turut disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)," ujarnya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Paya Indah Wetlands, petang Rabu.

Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata beliau kesal dengan sikap Azmin, meluluskan projek tersebut sementelah ia adalah kawasan tadahan air hujan.

"Mengikut laporan alam sekitar jika kawasan ini dimajukan maka akan berlaku banjir besar yang teruk di Selangor dan kawasan ini, maka ditolak.

"Kawasan ini adalah kawasan tadahan hujan, maka kita tidak mahu kawasan-kawasan di sekitar ini, di Putrajaya, Dengkil, Sepang mengalami banjir, jadi kalau kawasan seluas 1200 hektar ini, maka rakyat Selangor akan terima musibah dan bala sekali lagi," katanya.

Jamal kemudiannya menuntut Azmin menjelaskan benarkah desas-desus bahawa PKR mendapat habuan RM3 bilion daripada keseluruhan RM30 bilion untuk tujuan persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Adakah dengan kontrak bernilai RM30 bilion nilai projek di sini dan saya dimaklumkan sebanyak 10 peratus daripada itu untuk disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu sebanyak 3 bilion  untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor .

“Saya yakin kelulusan kerajaan negeri di bawah Azmin Ali ada kaitan dengan PRU yang akan datang iaitu untuk mendapatkan 3 bilion  sumbangan daripada syarikat ini," katanya.

Isu membabitkan Paya Indah Wetlands mula menarik perhatian ramai selepas dibongkarkan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.

Badrul Hisham atau Chegubard sebelum ini mendedahkan Azmin meluluskan permohonan menukar status tanah di lot 68054, daripada zon pertanian kepada zon pembangunan.

Sama seperti Jamal, Chegubard mempersoalkan mengapa Azmin memberi kelulusan kepada Gamuda Berhad, dalam tempoh yang singkat.

Untuk rekod, sebelum Azmin, permohonan pengezonan semula lot 68054 sudah ditolak oleh empat menteri besar sebelum ini, termasuk Tan Sri Khalid Ibrahim.

Chegubard sudahpun membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, namun sehingga kini tiada perkembangan susulan.


Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler

Sekianlah artikel Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/azmin-lulus-projek-bandar-baru-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin lulus projek bandar baru di kawasan tadahan air Paya Indah...Masukkkk Ler"

Posting Komentar