Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi

Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi
link : Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi

Baca juga


Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi

PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu bertemu dengan masyarakat India untuk menjelaskan puisi kontroversi di sebalik isu pendakwah Dr Zakir Naik, yang dikatakan menyinggung perasaan penganut Hindu negara ini.
“Saya akan bertemu dengan masyarakat India dan menjelaskan keadaan. Mungkin minggu ini,” kata Asri dipetik Malay Mail Online.
Kelmarin, Asri memuat naik beberapa baris di laman Facebooknya, menyelar apa yang dipanggilnya golongan “mempertuhankan lembu” kerana menentang seorang “pendakwah”.
“Apabila yang mempertuhankan lembu bersatu, lantas menyeru agar pendakwah kita dibelenggu,” Asri memulakan catatan ringkas yang disifatkannya “puisi pagi Jumaat”.
Walaupun tidak menamakan siapa yang dimaksudkannya, beliau yang sebelum ini mempertahankan Zakir, pendakwah kontroversi dari India, dikecam beberapa pertubuhan bukan Islam, termasuk Hindraf.
Dalam catatannya, Asri turut mengecam sebuah kerajaan yang menurutnya “menyembah api dan penganut sati, pembakar wanita janda, di benua sana.”
Sati merujuk amalan kuno di kalangan masyarakat Hindu di India yang diharamkan di negara itu, di mana seorang balu membakar dirinya selepas kematian suami.
Bagaimanapun semalam, Asri menjelaskan puisi itu tidak merujuk kepada komuniti Hindu tempatan.
Di sebalik kecaman di media sosial dan kritikan dari badan bukan kerajaan, termasuk laporan polis terhadapnya, Asri menegaskan, puisi itu sebaliknya ditujukan kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi.
“Puisi memperkatakan tentang kerajaan Modi di India yang membiarkan saban hari Muslim dibunuh dengan kejam hanya kerana memakan daging lembu,” kata Asri di Facebook.
Dalam ulasan terbaharu hari ini, Asri terus mempertahankan pendapat beliau dengan mendakwa dirinya menganjurkan keharmonian antara kaum.
Asri turut menyelar bukan Islam yang menurutnya mencampuri urusan Islam kerana tidak senang dengan jemputan kepada Zakir untuk menyampaikan khutbah di Perlis.
“Apakah boleh mereka campur tangan urusan agama orang lain dan kemudian ingin memberitahu kita jangan campur tangan urusan agama mereka?” soal Asri, merujuk kenyataan kumpulan Hindraf pada Januari yang terkejut Zakir, yang berdepan siasatan jenayah di India, dijemput menyampaikan khutbah. #sumber


Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi

Sekianlah artikel Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/asri-mahu-temui-komuniti-india-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Asri Mahu Temui "Komuniti" India Untuk Perjelaslan Puisi Kontroversi"

Posting Komentar