Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR

Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR
link : Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR

Baca juga


Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR

Oleh Syed Mu'az Syed Putra
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Amanah Pahang masih lagi mengkaji kawasan-kawasan yang akan memberi kesan kepada parti itu  akibat perubahan persempadanan kawasan pilihan raya.
 
Timbalan Pengerusinya Syed Hamid Syed Mohamad berkata pihaknya akan mengkaji serta meneliti cadangan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di negeri itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
 
"Kita rasa dalam keadaan politik sekarang ini tak banyak terjejas maknanya pertukaran pensempadanan ini untungnya ke arah kawasan yang jumlah pengundinya (mengikut bangsa) hampir sama," katanya kepada Antarapos.
 
Beliau menegaskan pendirian serta pertimbangan mengemukakan bantahan akan diambil selepas pihaknya membuat semakan dan meneliti semua syor SPR.
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan ini menambah cadangan persempadanan semula itu sekiranya dilaksanakan akan memberi kesan kepada  parti.
 
"Kami sedang membuat semakan sekarang, kami nampak ia memindahkan seluruh kawasan daripada Kampung Buntut Pulau sehingga ke Lebak yang turut melibatkan Belengu dilepaskan ke Lanchang.
 
"Selepas itu yang turut diambil Taman Temerloh Jaya dan Seri Kemuning dipindahkan ke Mentakab. Dalam Parlimen tak berubah cuma dalam DUN sahaja dipindahkan," katanya.
 
Tambah Syed Hamid, dianggarkan sejumlah 2,000 pengundi Melayu yang menurut beliau menyokong Amanah terlibat dalam usul persempadanan itu. 
 
"Jadi kita tengah buat semakan sama ada nak bantah atau tidak. Dari segi DUN Semantan tidak terjejas sangat pertukaran ini tapi kita tengah berbincang sama ada nak bantah atau tidak," katanya.
 
 


Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR

Sekianlah artikel Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/04/amanah-pahang-kaji-persempadanan-semula.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah Pahang kaji persempadanan semula SPR"

Posting Komentar