Judul : Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia
link : Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia
Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia
Bernama ·PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mengingatkan diplomat Korea Utara agar jangan membuat kerenah dengan menuduh Malaysia bersekongkol dengan organisasi atau negara lain dalam kes pembunuhan warga Korea Utara.
Merujuk kepada kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kes berprofil tinggi itu memerlukan tumpuan teliti bukan hanya dari segi siasatan tetapi juga dalam hubungan antara dua negara.
Sebagai diplomat, Ahmad Zahid berkata, mereka seharusnya sedar sama ada secara diplomatik atau komunikasi dua negara, menuduh kononnya Malaysia bersekongkol dengan negara lain dalam isu itu adalah tidak baik kerana ia berkaitan dengan hubungan antara negara.
“Kepada diplomat Korea Utara sama ada yang berada di sini atau di peringkat organisasi antarabangsa yang lain jangan anggap Malaysia sebagaimana anggapan mereka terhadap negara yang pernah mereka perkotak-katikkan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.
Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol dalam satu sidang media sebelum ini dilaporkan memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai “sesuatu untuk disembunyikan” dan mendakwa Malaysia “berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar” dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara.
Malaysia menjadi tumpuan dunia apabila Jong-nam, yang menggunakan pasport dengan nama Kim Chol, dibunuh ketika sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa KL2 (klia2), pada 13 Februari lepas.
Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata delegasi peringkat tertinggi Korea Utara yang dilaporkan berkunjung ke Malaysia bagi membincangkan berkaitan tuntutan mayat dan penahanan warganya Ri Jong-Chol telah bertemu dengan Kementerian Luar pada Isnin lalu.
Tanpa menjelaskan butiran perbincangan tersebut, beliau berkata, pertemuan itu telah berlaku sambil menegaskan tiada keperluan untuk delegasi itu bertemu dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Berhubung status sama ada Jong-chol, suspek ketiga kes itu akan didakwa di mahkamah atau dibebaskan selepas tempoh tahanannya akan berakhir esok, Ahmad Zahid berkata perkara itu akan diputuskan Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat
Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia
Sekianlah artikel Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/zahid-ingatkan-diplomat-korea-utara.html
0 Response to "Zahid ingatkan diplomat Korea Utara jangan buat karenah tuduh Malaysia"
Posting Komentar