Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’

Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’ - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’
link : Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’

Baca juga


Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’

 
Video yang dimuatnaik oleh media tempatan memaparkan sebuah kereta dikepung 3 SUV dan 4 kenderaan lain mengepung tempat kejadian.
 
 
raymond


PETALING JAYA: Satu rakaman video didakwa memaparkan penculikan pastor Raymond Koh dimuatnaik ke internet, dan dikongsi laman YouTube media tempatan TheSundaily.

Rakaman yang jelas itu memaparkan sebuah kereta berwarna terang, dikatakan milik Raymond, dipintas sebuah SUV berwarna gelap ketika 2 lagi SUV yang kelihatan sama datang dari arah tepi dan belakang, menyebabkan pemandu kereta terpaksa berhenti di tengah jalan.

Kejadian berlaku sejurus selepas 4 kenderaan itu memasuki Jalan SS4B/10 di Kelana Jaya dari lebuhraya LDP.

Rakaman itu, yang nampaknya disunting dengan cermat berserta kapsyen dan ditunjukkan dari sudut bertentangan, juga memaparkan penglibatan 2 lagi kenderaan dan 2 motosikal dalam operasi itu, mengekori dari belakang dan menghalang sebuah kereta Myvi dari mendekati tempat di mana 3 SUV mengepung Honda Accord itu.

Salah satu motosikal itu kemudian memaksa MyVi berundur ke simpang susur lebuhraya.

Semua kejadian berlaku dalam masa kurang dari 1 minit, dan semua kenderaan terbabit, termasuk kereta yang dikatakan milik Raymond, dilihat dibawa pergi.

Menurut kapsyen video, pecahan kaca dari kereta itu, serta nombor plet kenderaan (ST 5515 D) ditemui di jalan raya. Dipercayai nombor plet terjatuh apabila pemandu cuba melanggar SUV di depan dalam usaha untuk melarikan diri.

Rakaman itu, dipercayai diambil dari kamera litar tertutup berdekatan menyokong teori awal mengatakan penculikan pastor itu dirancang secara teratur.

Raymond, 62, diculik sekumpulan lelaki bertopeng kurang dari 100 meter dari kompleks perumahan polis.
Rakaman menunjukkan video itu sepadan dengan gambaran yang diberikan anak lelaki Raymond, Jonathan, yang minggu lepas mendakwa keluarganya memperoleh rakaman CCTV kejadian.

LIHAT VIDEO DI SINI



Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’

Sekianlah artikel Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’ linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/video-penculikan-pastor-raymond-kini.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Video penculikan pastor Raymond kini ‘online’"

Posting Komentar