Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas

Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas
link : Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas

Baca juga


Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas

PETALING JAYA: Tony Pua terkejut Lembaga Pengarah 3 ahli 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dipengerusikan Tan Sri Irwan Siregar, tidak bersidang sejak Julai tahun lalu, walaupun dengan apa yang berlaku di serata dunia berkaitan syarikat itu.
Meurujuk kepada soalannya mengenai audit semula akaun 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 di Dewan Rakyat minggu lepas, Tony berkata menteri kewangan sebelum ini berkata lembaga pengarah akan membuat keputusan “selepas perbincangan lanjut dengan juruaudit baharu”.
“Jawapan menteri juga menyatakan kali terakhir lembaga pengarah bertemu untuk membincangkan implikasi tindakan undang-undang sita aset oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah sebelum 26 Julai 2016, apabila 1MDB mengeluarkan kenyataan media.”
“Irwan Siregar mesti menjawab mengapa beliau dan ahli lembaga lain lambat dalam membuat keputusan yang penting mengenai audit kewangan 1MDB yang terpalit skandal,” kata setiausaha publisiti DAP kebangsaan dalam kenyataan hari ini.
ony berkata Irwan Siregar tidak boleh mengambil mudah memandangkan pendakwaan mahkamah sedang berjalan sejak 6 bulan lepas di Singapura dan Switzerland terhadap bank yang memudahkan transaksi pengubahan wang yang dikaitkan kepada AS$5 bilion (RM22.24 bilion) yang didakwa digelapkan dari 1MDB.
“Rakyat terkejut kerana selepas hampir setahun Irwan Siregar mengambil alih jawatan pengerusi dari Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, lembaga pengarah tidak berbuat apa-apa dan menunjukkan sedikit atau tiada tindakan segera ke atas kemelut 1MDB.
“Ketua Setiausaha Perbendaharaan kita, penjawat awam paling kanan yang bertanggungjawab untuk menguruskan ratusan bilion ringgit hasil cukai tahunan memaparkan sikap acuh tak acuh terhadap terhadap skandal itu,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.
Tony berkata keperluan undang-undang di bawah Akta Syarikat memerlukan penyata kewangan tahunan yang disahkan oleh juruaudit luaran diserahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
“Penyata kewangan teraudit terakhir yang difailkan oleh 1MDB adalah bagi akaun tahun berakhir Mac 2014. 1MDB gagal memfailkan penyata akaun mereka selama 2 tahun berturut-turut, iaitu tahun kewangan berakhir Mac 2015 dan Mac 2016 yang masing-masing perlu diserahkan pada Oktober 2015 dan 2016.
“Walaupun begitu, Deloitte Malaysia sejak Julai tahun lepas, menarik balik endorsemen terhadap penyata kewangan Mac 2013 dan 2014,” katanya dan menambah audit untuk 2 tahun lepas tidak lagi mungkin apabila 2 tahun sebelum itu diisytiharkan tidak boleh dipercayai oleh Deloitte.
“Juruaudit berwibawa akan memberitahu kamu mereka tidak dapat melengkapkan audit kewangan tahun itu tanpa “opening balance” atau akaun tahun sebelumnya. Jadi satu-satunya penyelesaian kepada perkara ini adalah akaun Mac 2013 dan 2014 perlu diaudit semula dan dinyatakan semula.” #sumber


Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas

Sekianlah artikel Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tony-pua-terkejut-pengerusi-dan-lembaga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tony Pua Terkejut Pengerusi Dan Lembaga Pengarah 1MDB "Abai" Tugas"

Posting Komentar