Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan

Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan
link : Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan

Baca juga


Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan

PETALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri dari UMNO menyalahkan kegagalan PAS mempromosikan cara hidup Islam sebenar di Kelantan sebagai alasan di sebalik peningkatan golongan homoseksual di negeri itu, lapor The Star.
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub membidas pemimpin PAS yang mendakwa diri mereka juara Islam kerana tidak mampu menangani peningkatan aktiviti “tidak Islam”.
“Saya terkejut apabila seorang timbalan menteri dalam negeri mengumumkan peningkatan bilangan kes HIV di Kelantan yang juga berpunca daripada kegiatan homoseksual.
“Ini adalah serius. Selama ini, kami ingat jumlah kes HIV di sini meningkat sebahagian besarnya disebabkan perkongsian jarum di kalangan penagih dadah,” katanya dipetik akhbar itu.
Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan itu merujuk pengumuman Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat pada Selasa lalu berhubung laporan Jabatan Kesihatan Kelantan yang menunjukkan peningkatan kes HIV di negeri itu.
Masir dilaporkan berkata, peningkatan itu disebabkan pergaulan dan gaya hidup tidak sihat, termasuk pertukaran pasangan seks.
Menurut laporan Jabatan Kesihatan, jangkitan HIV di Kelantan yang disebabkan aktiviti homoseksual meningkat 100%, dengan 20 kes dicatatkan tahun lalu berbanding hanya 10 kes pada tahun sebelumnya.
Laporan itu turut menyatakan jangkitan HIV akibat hubungan heteroseksual meningkat 25% antara 2015 (40 kes) dan 2016 (50 kes).
Dari 2001 hingga 2016, Kelantan merekodkan 11,000 kes positif HIV. Seramai 2,255 orang dijangkiti HIV/AIDS sepanjang tempoh itu.
Jazlan yang juga ahli Parlimen Machang turut membidas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menyalahkan Thailand mempengaruhi penduduk negeri itu.
“Bagaimana beliau boleh kata kegiatan homoseksual dan heteroseksual berlaku kerana Kelantan dekat dengan Thailand?
“Jika jiran sebelah rumah kita ialah perompak, kita akan salahkan dia kalau anak kita ikut jejak dia? Apa peranan ketua keluarga?” soalnya dipetik The Star. #sumber


Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan

Sekianlah artikel Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/timbalan-menteri-kegagalan-pas-punca.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Timbalan Menteri: Kegagalan PAS Punca 'Homoseksual' Bertambah Di Kelantan"

Posting Komentar