Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain

Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain
link : Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain

Baca juga


Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain

PAS tidak akan sekali-kali mengorbankan kerusi yang memang sudah menjadi tradisinya demi semata-mata memberikan laluan kepada parti pembangkang lain pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu muktamad kerana PAS tidak akan menyertai pakatan pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang.
Katanya, PAS bagaimanapun mengalu-alukan kerjasama daripada badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama PAS dalam memperjuangkan dasar dan prinsip PAS dalam memenangi PRU akan datang.
"Kami (PAS) tak akan sertai PH (Pakatan Harapan) atau mana-mana pakatan, ini kerana setiap kali berpakat, PAS kena korbankan kerusi yang ada.
"Dengan Parti Semangat 46 sebelum ini PAS terpaksa korbankan satu pertiga kerusi, dengan PKR pun begitu, serahkan juga kerusi setiap kali muafakat.
"Sekarang diminta PAS untuk sertai pakatan, tetapi kalau sertai terpaksa serah (kerusi)...minta maaf tidak boleh.
"Kita (pembangkang) boleh sama-sama tumbangkan UMNO dan Barisan Nasional tetapi jangan ganggu kerusi PAS," katanya ketika berucap pada Program Ceramah Perdana di Bukit Gantang Khamis malam.
Ceramah turut disertai Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria.
Tuan Ibrahim dalam ceramahnya turut mengingatkan mana-mana parti pembangkang yang lain untuk tidak cuba merampas dan menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan.


Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain

Sekianlah artikel Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tidak-ada-satupun-kerusi-pas-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tidak ada satupun kerusi PAS akan diserahkan kepada parti lain"

Posting Komentar