Judul : TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE
link : TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE
TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa mengambil tindakan terhadap mana-mana anggota agensi penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket penyeludupan barang berduti tinggi sehingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion ringgit.
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye (gambar) berkata, mereka yang melindungi penyeludup boleh disifatkan sebagai pengkhianat negara kerana sanggup melakukannya demi hidup mewah semata-mata.
“Ia sangat mendukacitakan kerana mereka adalah orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga negara tetapi mereka sebenarnya tidak ubah seperti harapkan pagar, pagar makan padi.
“Penyiasatan menyeluruh perlu dijalankan oleh SPRM supaya dapat mengenal pasti komplot penguat kuasa dengan segera. Pendedahan ini merupakan jenayah yang sangat serius dan kerajaan sudah tidak boleh berkompromi dengan perkara ini lagi,” katanya.
Lam Thye menambah, menggunakan pelbagai kaedah pemantauan penting bagi mengesan mana-mana pegawai penguat kuasa yang berpotensi terlibat dalam jenayah rasuah tersebut.
TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE
Sekianlah artikel TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/tangkap-segera-pengkhianat-negara-minta.html
0 Response to "TANGKAP SEGERA PENGKHIANAT NEGARA, MINTA LAM THYE"
Posting Komentar