Judul : Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh !
link : Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh !
Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh !
Ini kerana menurut Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kayat, Pakatan Harapan Johor akan membantu kemenangan Bersatu di Pagoh pada PRU nanti.
"Pakatan Harapan ada kekuatan di Pagoh. Kami di Johor (Amanah, PKR, DAP dan Bersatu) akan bergerak sebagai satu pasukan selepas ini," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang berpendapat Bersatu memerlukan sokongan Pas menjelang PRU akan datang.
Khairuddin berkata, Muhyiddin perlu berfikir untuk dapatkan sokongan Pas di Parlimen Pagoh nanti pada PRU14.
Kerusi Parlimen Pagoh disandang oleh Muhyiddin sebelum ini atas tiket BN.
Kawasan tersebut mempunyai 40,604 pengundi berdaftar, 60.05 peratus atau 24,384 orang pengundi Melayu, 14,290 atau 35.19 peratus pengundi Cina dan 1,929 (4.75 peratus) pengundi India. Ia juga merupakan kubu kuat BN sejak dari dahulu lagi. #sumber
Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh !
Sekianlah artikel Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/suhaizan-muhyiddin-tak-perlukan-pas.html
0 Response to "Suhaizan: Muhyiddin Tak Perlukan PAS, Untuk Menang Di Pagoh !"
Posting Komentar