SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut

SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut
link : SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut

Baca juga


SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 12 penguatkuasa daripada pelbagai agensi penguatkuasaan dalam operasi khas di sekitar Selangor hari ini.
SPRM dalam kenyataan media memaklumkan mereka yang ditangkap terdiri daripada 2 pegawai polis berpangkat inspektor, 5 anggota polis, 4 anggota bomba dan seorang pegawai Majlis Perbandaran Kajang.
“Kesemua 12 ditangkap lebih kurang jam 9.00 pagi di sekitar Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan dalam operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM.
“Daripada hasil risikan yang dijalankan selama hampir 3 bulan, mereka didapati telah menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha-pengusaha premis urut yang beroperasi secara haram di 2 daerah di selangor,” katanya.
SPRM berkata suspek dipercayai menerima wang rasuah antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi
SPRM juga merampas wang tunai RM25,000 daripada salah seorang inspektor tersebut di rumah dan pejabatnya.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahkan tangkapan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.
Beliau berkata kesemua suspek yang berusia antara 26 dan 53 dijangka akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam esok untuk direman.
Mengulas lanjut, SPRM difahamkan, penguatkuasa yang diamanahkan untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang sebaliknya menyalahgunakan kuasa yang diberikan.
“Ini dengan mengutip wang rasuah bagi melindungi pusat-pusat terbabit yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggajikan pendatang tanpa izin dan juga melanggar aspek keselamatan kebakaran,” katanya
SPRM berkata, menurut sumber, siasatan juga menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab anggota penguatkuasa yang terlibat kerana bukan setakat mengutip wang rasuah tetapi mengalakkan perkembangan aktiviti tidak bermoral dalam pusat urut haram.
“Siasatan awal juga mendapati terdapat antara pusat-pusat urut haram ini menyediakan perkhidmatan pelacuran secara terbuka dan pengusaha-pengusaha ini tidak takut menjalankan aktiviti mereka kerana mendapat perlindungan daripada anggota pelbagai agensi penguatkuasa,” katanya. #sumber


SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut

Sekianlah artikel SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/sprm-tahan-12-orang-penguat-kuasa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "SPRM "Tahan" 12 Orang Penguat Kuasa Kerana "Lindungi" Premis Urut"

Posting Komentar