Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh

Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh
link : Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh

Baca juga


Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh

Bernama
·
 


SINGAPURA – Singapura melantik Hakim Gilbert Guillaume, bekas Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai hakim ad hoc bagi permohonan Malaysia mendapatkan semakan semula penghakiman ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata Guillaume pernah menjadi Anggota ICJ dari 1987 hingga 2005 serta menyandang jawatan presidennya dari 2000 hingga 2003.

Kata kementerian itu, Guillaume kini menjadi Anggota Mahkamah Timbang Tara Tetap.

“Mengikut Statut ICJ, sekiranya tidak terdapat hakim dari negara yang menjadi pihak untuk menganggotai Panel Hakim Mahkamah, maka setiap pihak terbabit boleh memilih seorang hakim ad hoc untuk mengambil bahagian dalam urusan membuat keputusan tentang kes berkenaan,” katanya.

MFA berkata Singapura akan memfailkan hujah komprehensif dan mendorong secara bertulis tentang kebolehakuan permohonan Malaysia menjelang 14 Jun, iaitu had masa yang ditetapkan ICJ.

Pada 2 Feb, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ pada 23 Mei 2008 mengenai Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Dalam kenyataan yang difailkannya, Malaysia menyebut tentang tiga dokumen yang diubah statusnya baru-baru ini oleh United Kingdom bagi menyokong permohonan itu.

Dokumen berkenaan ialah surat menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada 1958, satu laporan mengenai kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta beranotasi mengenai operasi tentera laut mulai tahun 1960-an.

Dalam penghakimannya, ICJ di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah hak milik Singapura, kedaulatan Batuan Tengah adalah hak milik Malaysia dan kedaulatan Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan wailayah mana ia terletak.

Sementara itu, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dilaporkan berkata bahawa Singapura yakin mengenai kesnya terhadap tuntutan Malaysia berhubung Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan perundangan Singapura percaya sepenuhnya bahawa tiga dokumen yang menjadi sandaran Malaysia dalam permohonannya bagi mengubah keputusan mengenai Pulau Batu Puteh itu tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi menapatkan semakan semula penghakiman.

“Kami yakin dengan pasukan perundangan kami dan kes kami,” katanya di parlimen hari ini seperti yang dipetik Channel NewsAsia.

Beliau berkata setelah mengkaji dengan teliti permohonan Malaysia itu, pasukan perundangan Singapura percaya dokumen berkenaan tidak memenuhi kriteria mengikut Perkara 61.

Menurutnya, Singapura komited untuk menyelesaikan isu itu secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.



Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh

Sekianlah artikel Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/singapura-lantik-bekas-presiden-icj.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh"

Posting Komentar