Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?

Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?
link : Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?

Baca juga


Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?

Berani kerana benar, takut kerana salah.
Siapa Teresa Kok yang ingin menentukan syurga atau neraka buat seseorang? Bila dia fitnah orang, dia lupa mengenai neraka...tapi bila ada pihak yang mendedahkan mengenai 'keburukan' dirinya, terus keluar bab neraka.
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan , Datuk Mohd. Razlan Muhammad Rafii berkata, jika benar Ahli Parlimen Seputeh itu tidak terlibat dengan dakwaan terlibat  menyelewengkan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas), tunjukkan bukti.
"Jika benar dia (Teresa) tidak melakukan penyelewengan tersebut, tunjukkan bukti. Saya pasti pihak yang mendedahkan mengenai isu tersebut, mempunyai bukti yang kukuh untuk ditunjukkan.
"Dia tidak perlu bercerita mengenai syurga atau neraka. Siapa Teresa yang ingin menentukan syurga neraka seseorang? Dia 'confirm' ke masuk syurga?," katanya ketika dihubungi AgendaDaily.
Mohd. Razlan berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Teresa yang mengatakan pihak yang menuduhnya melakukan penyelewengan peruntukan Yawas hampir RM2 juta akan masuk neraka.
“Saya tidak pernah membuat penyelewengan dana Selangor. Jangan cuba lempar fitnah kepada saya dan rakan-rakan saya. Fitnah adalah satu dosa dan mereka (yang memfitnah) akan masuk neraka,” katanya.
Penyelewengan Teresa itu didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang mendakwa Teresa dan beberapa wakil rakyat Pakatan Harapan di ibu negara menyelewengkan dana tersebut.
Pada 16 Februari lalu, Jamal telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) berjumlah RM200 juta yang sepatutnya digunakan untuk SMUE.
“Saya ada bukti surat dari Perbendaharaan Selangor meminta pengurus sebuah bank membuka akaun bagi SMUE atas nama lapan ahli Parlimen di sekitar Kuala Lumpur,” katanya.


Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?

Sekianlah artikel Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/siapa-teresa-kok-nak-tentukan-syurga.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa Teresa Kok nak tentukan syurga, neraka...?"

Posting Komentar