Judul : Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' !
link : Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' !
Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' !
Saya memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki yang memetik statistik Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM bahawa pada tahun 2016 sehingga Februari 2017 sahaja sebanyak 665 Kertas Siasatan telah dibuka melibatkan penjawat awam di negara ini.
Menurut beliau, seramai 548 penjawat awam telah pun ditangkap sepanjang tempoh itu dan sebanyak 63 kes telah dituduh di mahkamah. Bagi saya jumlah tersebut satu angka yang sangat besar kerana ia melibatkan penjawat awam yang sepatutnya berintegriti dan menjaga wang rakyat dengan sebaik-baiknya.
Gejala rasuah di kalangan penjawat awam ketika ini semakin membimbangkan, terutamanya melibatkan agensi seperti Jabatan Air, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan beberapa agensi lain. Hal ini harus dibendung segera kerana kita khuatir jumlah tersebut akan terus meningkat dari hari ke hari.
Kita juga melihat kemerosotan negara dalam indeks persepsi rasuah yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) Malaysia baru-baru ini. Kedudukan negara jatuh dari tangga ke 54 kepada 55 daripada 176 buah negara, yang mana saya percaya ianya berpunca daripada gejala rasuah yang telah didedahkan, selain isu kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri.
Peningkatan persepsi rasuah dalam kalangan kakitangan awam ini saya lihat memberi impak yang sangat besar kepada rakyat, sekali gus akan menimbulkan kesangsian dan ketidakpercayaan mereka serta pelabur asing kepada agensi awam.
Perkara yang perlu dilakukan sekarang adalah SPRM harus melipatgandakan usaha memerangi penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, yang menzahirkan rasa dukacita baginda ke atas penyelewengan, ketirisan, rasuah serta pembocoran maklumat kerajaan melibatkan penjawat dan bekas penjawat awam.
SPRM juga diharapkan akan membanteras rasuah tanpa mengira pangkat dan kedudukan serta tidak hanya menangkap ‘ikan bilis’ tetapi melepaskan ‘jerung’ tanpa sebarang tindakan. Kita tidak mahu negara ini digelar ‘Malaysia Darul Rasuah’. Hal ini sangat memalukan.
Selain itu, SPRM juga perlu mengotakan janjinya untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada gejala rasuah, khususnya dalam kalangan agensi penguat kuasa, badan pengawal, pihak berkuasa negeri serta tempatan dalam masa 3 tahun.
Saya harap SPRM tidak akan mengecewakan rakyat Malaysia sehingga negara ini bebas rasuah sepenuhnya. #sumber
Datuk Saifuddin Nasution Ismail ialah Setiausaha Agung PKR.
Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' !
Sekianlah artikel Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/saifuddin-jangan-sampai-negara-di-gelar.html
0 Response to "Saifuddin: Jangan Sampai Negara Di Gelar 'Malaysia Darul Rasuah' !"
Posting Komentar