PPBM hanya indah khabar dari rupa?

PPBM hanya indah khabar dari rupa? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM hanya indah khabar dari rupa?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM hanya indah khabar dari rupa?
link : PPBM hanya indah khabar dari rupa?

Baca juga


PPBM hanya indah khabar dari rupa?

Oleh Abdul Rahman Malik 
[ULASAN] Guruh di langit Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdentam dentum namun hujan masih tidak turun. Hiruk pikuk ia menguja parti-parti pembangkang mengorak langkah menjatuhkan kerajaan Umno-BN namun rupanya ia sendiri belum bersedia.

PPBM gagal hadir pada rundingan kali pertama dengan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu pengagihan kerusi. Ini kerana, menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, PPBM memerlukan masa yang lebih panjang untuk menilai kerusi berpotensi ia menangi.

PPBM sepatutnya diwakili Timbalan Presidenya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Datuk Seri Mukhriz memberitahu saya, Bersatu (PPBM) memerlukan sedikit lagi masa kerana tugas untuk mengenalpasti kerusi-kerusi yang Bersatu (PPBM) akan bertanding diamanahkan kepada Tan Sri Rashid.

"Saya difahamkan 'homework' itu belum selesai. Manakala kami, PKR, DAP dan Amanah, kami telahpun bersedia dengan kerusi-kerusi yang kami sasarkan untuk kami tuntut,” katanya.

Sebelum ini PPBM menggertak PAS bahawa Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Amanah – dan PPBM tidak akan menunggu PAS memuktamadkan sama ada mahu menyertai pembangkang mendepani Pilihanraya Umum ke-14.

Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, persiapan PPBM dan PH akan berjalan terus. Namun kini terserlah kenyataan itu indah khabar dari rupa. Ia hanyalah gertakan politik untuk menakutkan PAS bahawa ia akan ketinggalan bas PTU 14.

Sekaligus ini membayangkan kegopohan dan semangat membenci meluap Mahathir yang berang dengan “kedegilan” PAS kerana dilihatnya “lembab” menetapkan pendirian sama ada mahu menyertai PPBM-PH atau tidak.

Ketika itu Mahathir bercakap seolah-olah tidak sabar mahu melampiaskan kebenciannya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mahu menumbangkan kerajaan yang dipimpinnya secepat mungkin.

Yang lebih memberangkannya ialah PAS tegar meletakkan syarat tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana entiti politik yang membabitkan penyertaan Amanah dan DAP sedangkan Mahathir amat berharap dalam barisan pembangkang ada DAP dan PAS.

Apabila Mahathir tidak dapat menyembunyikan kehampaannya terhadap PAS, beliau secara unilateral mengisytiharkan (bagi pihak pembangkang kononnya) bahawa PAS tidak akan bersama menghadapi PRU 14.

Ini memaksa Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berusaha mengambil tindakan yang agak bersilang dengan Mahathir sambil berharap hubungan PAS dengan pembangkang (terutama PPBM) tidak terlerai.

"Pimpinan parti (komponen) dalam Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu (PPBM) dan termasuk juga PAS bersedia mengenepikan perbezaan sesama kita, dengan meletakkan sasaran kepentingan rakyat mengatasi segalanya," kata Muhyiddin ketika berucap di program Kenduri Bersatu 2017 di Paya Jaras, awal minggu ini.

Kali terakhir PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi merundingkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ialah awal Februari lalu namun sehingga kini tiada kata putus dicapai.

Dalam pada itu, PAS nampaknya semakin yakin bahawa ia mungkin menghadapi PRU ke-14 bersendirian.
"Saya melihat pintu untuk kerjasama PAS dan PPBM semakin mula tertutup," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki.

Adalah semakin nyata Mahathir mencongak PPBM memerlukan penyertaan PAS dalam ikatan pembangkang demi menokok pungutan undi di kawasan-kawasan majoriti Melayu di mana PPBM bertanding dan sekaligus menafikan Umno untuk menang.

Yang digeruninya ialah jika berlaku pertandingan tiga penjuru di antara Umno, PAS dan PPBM, undi yang bakal dikumpul oleh Umno akan lebih ampuh kerana PAS akan memecahkan undi “bukan penyokong Umno.”

Mahathir juga sedar agak sukar bagi PPBM mengesyorkan kepada PH untuknya bertanding di kawasan yang majoriti bukan Melayu kerana di segi jatidirinya PPBM lebih Melayu sifatnya.

Kudis politik pada Mahathir di mata pengundi Cina khususnya bahawa beliau seorang Melayu ultra, masih belum sembuh.
Sebaliknya, berdasarkan rekod PRU 12 dan 13, pengundi bukan Melayu sudah mula mahu menerima PAS sebagai bersifat lebih terbuka.

Mahathir tentu berharap jika PAS kembali ke pangkuan PH, aura pembangkang sebagai lebih inklusif akan lebih mudah diyakini pengundi. Sebaliknya jika PAS memilih menyisihkan diri, tentu gambaran yang terbit ialah parti-parti Melayu mahumendominasi politik Malaysia, termasuk PPBM.

Dalam keadaan itu tentu PPBM yang mengaku memperjuangkan kepentingan pribumi tidak akan terkecuali dari jerangkap fobia ini. Maka ia akan masuk gelanggang PRU 14 sebagai sebuah lagi parti Melayu yang kerdil.

Yang pasti mendapat manfaat dari situasi ini tentulah PKR. Sejak 1999 PKR mencanting imej sebuah parti pelbagai kaum. Jika imej ini berkembang, sudah tentu PKR yang dipimpin saingan utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mencatat prestasi lebih baik.

Jika ini berlaku, Mahathir tentu kehilangan peluang mengisi tonggak kepemimpinan pembangkang.

Bagaimanapun jika PAS ada bersama pembangkang, parti itu Islam itu akan menjadi “penghalang” kepada PKR untuk muncul peneraju pembangkang.

Mahathir tentu tidak mahu PPBM masuk gelanggang PRU 14 sebagai sebuah parti Melayu yang dirasuk dendam terhadap Umno dan pemimpin tertentunya sahaja.

Jika PAS ada bersama pembangkang, PPBM berpeluang menebar imej salah sebuah “parti Melayu yang mahu menyelamatkan Malaysia” dari cengkaman Umno Melayu yang tersasar. Ini meletakkan saingan PPBM dengan PKR pada lantai sama rata.

Memang demikian karakter politik Mahathir untuk “menumpang dan mempergunakan” kekuatan pihak lain seraya mengukuhkan kedudukan politiknya. Malangnya, kali ini beliau perlu bekerja dengan ahli-ahli politik yang kurang kualiti kepemimpinannya.

Bak kata Saifuddin Nasution, pemimpin-pemimpin ini masih belum siap “homework” atau kerja rumahnya untuk menghadapi PRU 14. Bagaimana Mahathir hendak memacu PPBM menjadi parti yang digeruni dan disegani? Tinggallah beliau berkokok sendirian.




PPBM hanya indah khabar dari rupa?

Sekianlah artikel PPBM hanya indah khabar dari rupa? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PPBM hanya indah khabar dari rupa? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/ppbm-hanya-indah-khabar-dari-rupa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPBM hanya indah khabar dari rupa?"

Posting Komentar