Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah

Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah
link : Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah

Baca juga


Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah


KUANTAN: Polis Pahang berjaya menggagalkan cubaan lima lelaki berusia 15 hingga 30-an menjual pelbagai jenis dadah termasuk syabu, ketamin, ectasy dan eramin 5 yang sebahagiannya dibungkus menyerupai gula-gula getah, 14 Mac lalu.

Dadah bernilai RM35,221.50 yang dirampas itu dipercayai untuk pasaran pelanggan elit dan pengunjung pusat hiburan di sekitar bandar ini.

Ia dijual hingga mencecah RM250 sepaket dan punca bekalan diperoleh dari Kuala Lumpur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang, Superintendan Lam Thiam Huat berkata, kelima-lima lelaki terbabit termasuk seorang warga Singapura ditahan ketika serbuan di dua lokasi berasingan.

Menurutnya, serbuan pertama dilakukan di sebuah rumah di Taman Maju Jaya, di sini pada jam 3.30 petang dan dua lelaki berusia lingkungan 30an, ditahan.

“Dalam pemeriksaan tersebut, kita berjaya merampas 81.7 gram (g) ketamin, 8.9g syabu, 80.1g (290 biji) pil eramin 5, 54.7g (185 biji) pil ectasy, 16 paket plastik bertulis 'Orange Coming' disyaki dadah seberat 412.8g dan 24 paket plastik bertulis 'Magic Chew' seberat 264g.

“Turut dirampas, dua kenderaan  jenis Toyota Carrier dan Proton Saga,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

Beliau berkata, penahanan dua lelaki terbabit membawa kepada penangkapan tiga lagi individu iaitu dua remaja 15 dan 16 tahun yang tidak bersekolah dan seorang lelaki berusia 27 tahun di hadapan Medan Selera Lot 66, Jalan Gambut 1, di sini kira-kira jam 7.30 malam, hari sama.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan suspek, kita jumpa 136.9g (490 biji) pil eramin 5, 53.5g (9120 biji) pil estacy, 15.4g (40 biji) ectasy (kapsul) dan 13.8g (25 paket) ketamin.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif methamphetamine dan tiada sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

Thiam Huat berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek ditahan reman selama seminggu, sejak kelmarin untuk siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi talian 09-5151999. #sumber


Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah

Sekianlah artikel Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/polis-pahang-gagalkan-lima-lelaki-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Pahang Gagalkan Lima Lelaki Jual Gula-Gula Getah Berisi Dadah"

Posting Komentar