PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah

PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah
link : PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah

Baca juga


PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah


KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) menawarkan tiga langkah penyelesaian mengekang amalan rasuah yang semakin bermaharajalela di bawah pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak jika berjaya menewaskan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14.
Ini kerana, gejala rasuah yang tidak terkawal saat ini telah menyebabkan kehidupan rakyat semakin terhimpit dengan beban kos sara hidup yang tinggi, menyebabkan kemerosotan nilai matawang ringgit, pemotongan peruntukan untuk sektor kritikal seperti pendidikan dan kesihatan dan pelaksanaan cukai GST.
Tawaran tersebut telah ditandatangani oleh pemimpin dari komponen PH iaitu Tony Pua Kiam Wee mewakili DAP, Rafizi Ramli mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah mewakili Parti Amanah Negara (Amanah).
Tiga tawaran itu ialah dengan memastikan tiada campurtangan politik dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), agensi pelaburan dan khazanah negara.
“Kesemua ini akan dibenarkan untuk membuat keputusan berdasarkan mandat pelaburan daripada mandat rakyat,” kata kenyataan tersebut.
Selain itu, seseorang yang berwibawa harus dilantik menjadi peguam negara yang diberi kebebasan untuk menjalankan tugas-tugas siasatan terhadap sesiapa sahaja mengikut Perlembagaan.
Tawaran ke tiga ialah dengan memastikan kebebasan media, termasuk agensi-agensi berita dan penyiaran berita milik rakyat yang dibenarkan berfungsi secara bebas dan saksama.
“Dengan skandal-skandal 1MDB, Jabatan Air Negeri Sabah, Felda, dan Majlis Amanah Rakyat, ini membuktikan bahawa budaya korupsi yang diamalkan oleh Kerajaan Umno BN semakin membarah.
“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang menentang rasuah dan inginkan perubahan untuk segera mendaftar dan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum akan datang,” kata kenyataan itu. #sumber


PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah

Sekianlah artikel PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/ph-satu-undi-kepada-bn-bermakna-satu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH: Satu Undi Kepada BN Bermakna Satu Undi Untuk Rasuah"

Posting Komentar