Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000

Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000 - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000
link : Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000

Baca juga


Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman denda RM6,000 dan sabitan terhadap bekas ketua PKR bahagian Rembau Badrul Hisham Shaharin dan 8 individu lain bagi kesalahan menyertai perhimpunan dan merusuh di Jalan Parlimen pada 2013.
Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan semua perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen Abdul Rashid Daud pada 31 Mei 2016.
Selain Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard, mahkamah mengekalkan hukuman itu terhadap Adam Adli Abdul Halim, Muhammad Safwan Anang@Talib, Norazimah Mohamad Nor, Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Ahmad Syukri Che Ab Razab, Lim Sue Pei, Edy Noor Reduan dan Md Sani Md Shah.
Mereka didakwa menyertai perhimpunan itu bagi melakukan mudarat awam di Jalan Parlimen antara 9.15 pagi dan 11.25 pagi pada 24 Jun 2013, mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa merusuh di persimpangan jalan masuk ke bangunan Parlimen pada 11.25 pagi pada tarikh sama dan didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Mahkamah turut mengekalkan sabitan dan hukuman denda RM2,000 terhadap Muhammad Aiman Hakim Zainal, Annie Ooi Siew Lan dan Mah Chee Hoe atas pertuduhan menyertai perhimpunan sama.
Dalam penghakimannya, Azman berkata setelah meneliti rekod rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan sabitan bersalah oleh hakim Mahkamah Sesyen adalah selamat untuk dikekalkan.
Katanya, mahkamah juga berpuas hati hukuman yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen bukan terlampau berat.
“Hakim Mahkamah Sesyen mengenakan hukuman yang ringan atas alasan tiada senjata digunakan dan tidak merosakkan harta awam,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang@Mamat manakala peguam Haijan Omar dan Zulhazmi Shariff bertindak bagi pihak semua perayu. #sumber


Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000

Sekianlah artikel Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000 linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/perhimpunan-haram-chegubard-adam-safwan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Perhimpunan Haram: Chegu'bard, Adam & Safwan Di Denda RM6,000"

Posting Komentar