Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !

Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !
link : Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !

Baca juga


Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !


CHENOR: Beliau bukanlah sebatang kara, namun kerana tidak mahu menyusahkan adik-beradik, Sabri Abd Rahman memilih tinggal sendirian di rumah pusaka kedua orang tuanya yang hampir rebah menyembah bumi.

Sabri, atau Awie, 47, hidup bergantung pendapatan mengusahakan kebun getah peninggalan arwah ibu dan bapanya seluas lebih kurang suku ekar.
Menurutnya bukan sekali dinding-dinding rumah itu dihanyut arus, malah sejak banjir besar pada 2014, dinding rumah yang tercabut, kekal rompong seperti itu, hingga hari ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

"Saya tahu saya bukan orang senang. Saya hidup terpinggir. Tidak layak dapat bantuan itu ini. Tapi saya merayu, cukuplah sekadar bantu bina semula atau tampung papan rumah yang tertanggal ini.

"Cuma ini peninggalan orang tua saya. Kalau hujan, panas, di sini sahaja tempat saya berteduh. Saya tak mahu tumpang rumah adik perempuan (Suhaini) yang tinggal di depan rumah ini, sebab dia sudah berkeluarga.



"Begitu juga abang saya yang tinggal di kampung ini sebab dia sendiri pun menyewa rumah orang. Biarlah saya di sini, menjaga rumah peninggalan orang tua," katanya hiba.

Awie merupakan duda anak dua hasil perkahwinan dengan seorang gadis dari Terengganu. Pada tahun 1992 hingga 1999 beliau menetap di Terengganu bersama isteri dan dua anaknya.



Namun pada tahun 2000, beliau sekeluarga berpindah ke Kampung Titi Gajah Pesagi,  di sini, untuk tinggal dan menjaga kedua orang tuanya yang sakit, memandangkan adik beradik lain sudah berkeluarga dan pindah.

Pada 2003, bapa Awie, Abd Rahman Yaakob meninggal dunia kerana kanser usus dan tugas menjaga ibu digalas Awie.
Akibat kesempitan hidup, rumah tangga dibina berakhir dengan penceraian. Isteri Awie kembali ke pangkuan keluarganya di Terengganu membawa dua anak yang kini berusia 20-an.

"Sejak itu saya tak pernah jumpa mereka. Awalnya saya ada duit untuk kirimkan belanja. Tapi sekarang, saya tak mampu lagi. Toreh getah ada masa dapat duit. Ada masa tidak.

"Saya tak ada motosikal. Pergi ke bandar untuk beli barang pun saya jalan kaki. Mujur ada abang Juhari (54) dan adik boleh tolong. Hasil getah tak seberapa boleh tampung makan minum. Tapi saya tak mampu untuk baiki rumah," katanya.

Ibu Awie, Allahyarhamah Bedah Jai meninggal dunia pada 2010 kerana sakit bengkak hati.

"Mak dan ayah saya tinggal di sini sejak Tahun 1971. Keluarga kami memang orang asal kampung ini. Bekalan air tak pernah dapat. Selama ini keluarga gunakan telaga sebagai punca air.

"Elektrik dah ada pada tahun 1985 tapi sejak 2010 saya terputus bekalan sebab tak mampu bayar bil. Sejak itu saya tinggal bergelap. Pakai lilin. Siang saya angkut air dari sungai dan beli air minuman di bandar. Masa banjir hari tu saya terpaksa berenang nak keluar rumah. Air separas pinggang," katanya.

Hajat mak tak kesampaian

Jauh di lubuk hati, Awie menyembunyikan rasa hiba di hadapan media. Banyak kali, kelopak matanya digenangi air, namun dia berpaling dan menyeka air mata lelakinya.



"Saya pernah minta tolong orang-orang yang saya kenal dalam kampung ni. Saya tak pandai jumpa orang besar. Jadi saya minta mereka tolong datang rumah dan tengok sendiri tempat tinggal saya. Tapi hampa. Lebih terkilan, saya mohon bantuan sejak mak masih hidup tapi sampai sekarang hajat mak nak rumah selesa tak kesampaian" katanya.

Selama empat tahun sejak banjir besar 2014, anak ke lapan daripada 10 beradik ini terus menetap di rumah roboh tersebut.

Abang Awie, Juhari pernah menguruskan permohonan bekalan air dari Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2007. Malangnya ia cuma bantuan sekerat jalan.

"Pihak saya diminta sediakan tangki tapi kami tisak mampu. Sudahnya terbiar sampai sekarang. Orang yang tolong kami mohon tu pun dah meninggal dunia," kata Juhari. #sumber

** Derita kesusahan Awie dapat perhatian



Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !

Sekianlah artikel Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/penoreh-getah-tinggal-di-rumah-hampir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penoreh Getah, Tinggal Di Rumah Hampir Rebah Menyembah Bumi !"

Posting Komentar