Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti

Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti
link : Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti

Baca juga


Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti

ARIF ATAN

Noh OmarNoh Omar

Umno Selangor telah mengenal pasti kira-kira 400,000 pengundi ‘berDNA’ parti berkenaan yang belum mendaftar sebagai pengundi dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, usaha perlu dipertingkatkan semaksimum mungkin untuk memastikan kumpulan tersebut didaftarkan.

"Setakat ini kira-kira 140,000 mereka yang 'berDNA' UMNO sudah berjaya didaftarkan. Mereka ini ayah dan ibunya adalah orang Umno tetapi anak-anak mereka tidak berdaftar sebagai pengundi.

“Sekarang kita sudah berjaya kenal pasti mereka dan di mana kediamannya. Kita akan gerakkan Biro Daftar Pengundi seoptimum mungkin untuk mendaftarkan mereka ini sebelum PRU-14 (Pilihan Raya Umum ke-14),” lapor Mingguan Malaysia hari ini.

Noh yang juga Pengerusi BN negeri juga berkata, fokus kepada pengurusan mikro akan dilaksanakan dengan memastikan 'pengundi putih' keluar membuang undi pada PRU-14.

Menurutnya, pendekatan tersebut terbukti berkesan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar pada tahun lalu apabila berjaya melonjakkan majoriti sebanyak 9,191 undi.

“Ada satu kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang BN kalah dan kita kenal pasti kira-kira 5,000 pengundi putih di kawasan itu tidak keluar mengundi disebabkan jentera terlepas pandang,” katanya lagi di Shah Alam semalam.

Keputusan PRK Sungai Besar pada 18 Jun 2016 menyaksikan calon BN, Budiman Mohd Zohdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang meraih sebanyak 16,800 undi.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu, calon Amanah, Azhar Abdul Shukur memperoleh 7,609 undi manakala calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru mendapat 6,902 undi.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, BN pada masa ini cuma mempunyai 12 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PKR-Amanah-DAP) yang menguasai 30 kerusi manakala Bebas satu kerusi.

Di peringkat Parlimen pula, BN hanya menang lima kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 2013 lalu
berbanding Pakatan Harapan dan Pas yang menguasai 17 kerusi.



Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti

Sekianlah artikel Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pengundi-dna-umno-di-selangor-dikenal.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengundi 'DNA Umno' di Selangor dikenal pasti"

Posting Komentar