Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah

Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah
link : Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah

Baca juga


Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah

MALAYSIAKINI


Pasukan khas akan ditubuhkan bagi menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang terlibat dengan sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dalam kenyataan bersama sempena mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Induk) yang berlangsung di Putrajaya hari ini.

Kenyataan bersama itu menyebut kerajaan memandang serius berhubung kes pengeluaran dan pengedaran kad pengenalan palsu yang masih dilakukan oleh sindiket tertentu.

Bagi meningkatkan penguatkuasaan, kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) memutuskan penubuhan pasukan khas itu untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas sindiket pengeluaran kad pengenalan palsu seperti yang berlaku di Sandakan dan Tawau, Sabah baru-baru ini, katanya.

"Siasatan lebih menyeluruh perlu digerakkan sehingga individu-individu yang bertindak sebagai dalang sebenar dapat dikenal pasti dan diambil tindakan undang-undang," kata kenyataan bersama itu.

Kenyataan bersama itu menyebut sungguhpun dokumen yang dikeluarkan tidak sah kerana tidak akan wujud dalam sistem dan rekod pendaftaran negara namun tindakan lebih agresif dan tegas perlu dilakukan.

"Ia bukan sahaja melibatkan penipuan kepada penerimanya tetapi turut menjejaskan nama baik kerajaan," menurut kenyataan itu.

Ia turut menegaskan bahawa kerajaan turut memberi fokus akan permasalahan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di perairan negeri.

Dengan mengambil kira faktor keselamatan dan kepentingan umum, kerajaan telah mengambil inisiatif dengan meningkatkan kawalan di pintu masuk di negeri Sabah, kata kenyataan itu.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga telah mengambil tindakan proaktif seperti pengambilan maklumat biometrik bagi setiap warga asing yang masuk dan keluar dari negeri Sabah serta pemasangan alat sistem pengecaman imej di setiap pintu masuk di Sabah.

Kenyataan bersama itu menyebut berdasarkan rekod Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, jumlah keseluruhan PATI di Sabah yang telah diusir sejak tahun 1990 sehingga 3 Mac tahun ini adalah seramai 553,692 orang.

Bagi 2017 sahaja, jumlah pengusiran sehingga 3 Mac adalah seramai 1,120 orang.

Kenyataan bersama itu juga memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan aktiviti pemindahan (ke kapal) telah dibuka semula berkuat kuasa pada 1 Februari lepas (2017) bagi membantu meningkatkan kembali kegiatan ekonomi di Sabah.

Ia melibatkan aktiviti perdagangan biasa iaitu import dan eksport barangan sahaja tidak termasuk perdagangan petroleum.

amun, menurut kenyataan bersama itu, kerajaan masih mengekalkan larangan penggantungan bagi aktiviti perdagangan tukar barang (barter trade).- Bernama



Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah

Sekianlah artikel Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pasukan-khas-siasat-sindiket-ic-palsu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pasukan khas siasat sindiket IC palsu di Sabah"

Posting Komentar