Judul : PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan !
link : PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan !
PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan !
GOMBAK: PAS mengalu-alukan Konvensyen Felda anjuran Pakatan Harapan yang dijadualkan pada 19 Mac ini di Shah Alam tetapi tidak akan menyertainya, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS berkata ini kerana parti Islam itu sendiri mempunyai program yang dirangka bagi membela nasib dan mengangkat martabat peneroka Felda di 52 kawasan peneroka di seluruh negara.
“PAS mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menganjurkan isu Felda untuk kita mengangkat dan membela nasib peneroka Felda.
“Bagi kita itu hak Pakatan Harapan, tetapi kita ada program kita sendiri,” katanya ketika menjawab soalan sama ada PAS akan terbabit dalam konvensyen itu atau tidak, pada satu majlis di Taman Melewar, malam tadi.
Sebelum ini, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad membantah anjuran Konvensyen Felda itu dan menyifatkan penganjurannya bermotifkan politik.
Shahrir berkata penganjuran itu bertujuan untuk menghasut rakyat, khususnya peneroka bagi membenci kerajaan Persekutuan.
Pengarah Besar Felda Datuk Hanapi Suhada turut berkata Felda tidak terlibat sama sekali dengan penganjuran Konvensyen Felda itu.
Tuan Ibrahim berkata pengaruh peneroka Felda di seluruh negara terhadap sesebuah parti adalah penting dan dilihat sebagai penanda aras untuk ke Putrajaya.
“Dalam Gagasan Sejahtera, kita sudah wujudkan jawatankuasa untuk membincangkan isu berkaitan Felda dan kini dalam peringkat untuk menyediakan dokumen.
“Ada 52 Felda di seluruh Parlimen dan kita lihat Felda ini sangat penting dalam konteks untuk ke Putrajaya,” katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berhubung Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak meneruskan siasatan terhadap dakwaan PAS menerima RM90 juta, sebagai bukti perkara itu tidak benar.
Tuan Ibrahim berkata jika perkara itu benar-benar berlaku, pihak yang menuduh PAS menerima wang itu harus segera kemukakan bukti kepada SPRM agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
“Kita harap sesiapa yang tuduh kena kemukakan bukti. Bila menteri berkata demikian di dalam Parlimen, ini seolah-olah pengisytiharan buat PAS,” katanya.
Beliau berkata tindakan undang-undang terhadap Adun Salor Datuk Husam Musa yang menuduh PAS menerima wang RM90 juta masih diteruskan. #sumber
PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan !
Sekianlah artikel PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pas-tidak-terlibat-konvensyen-felda.html
0 Response to "PAS Tidak Terlibat, "Konvensyen" Felda Anjuran Pakatan Harapan !"
Posting Komentar