PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim

PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim
link : PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim

Baca juga


PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim

Oleh Nur Atiqah Abd Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS dijangka akan mengadakan rundingan agihan kerusi bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sekiranya kedua-dua parti itu berjaya mencapai kata sepakat untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Sehubungan itu, Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta parti pembangkang lain terutama DAP dan Amanah untuk menghormati serta tidak menganggu kerusi tradisi milik mereka yang akan dibahagi sesama PPBM dan parti dalam Gagasan Sejahtera (GAGASAN). 
 
"PAS tidak akan berbincang dengan DAP dan Amanah, yang kita ada perundingan sekarang ni kita masih ada hubungan dengan BERSATU (PPBM) dan PKR. 
 
"Jadi tiga ni saja kita ada hubungan (IKATAN), kalau apa yang berlaku samada blok PH, Gagasan Sejahtera sebab dalam PAS ni pun kita kena bincang dengan (IKATAN) dan beberapa parti lain yang akan bersama PAS. 
 
"Jadi PAS pun terpaksa berbincang kerusi-kerusi tersebut, jadi kita harap kerusi tradisi PAS tak diganggu. Bukan semua (kerusi) tradisi PAS ni untuk PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos.
 
Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas mengenai perbincangan agihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan PPBM untuk PRU14 pada 28 Februari lalu, yang dibuat tanpa penglibatan PAS.
 
Namun pertemuan pertama itu gagal dihadiri PPBM, ekoran masih belum memuktamadkan kerusi berpotensi untuk dimenangi.
 
Pada pertemuan itu, PPBM sepatutnya diwakili Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan naib presidennya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.
 
Agihan sesama PH-PPBM tanpa penglibatan PAS itu, sekaligus memberi gambaran kemungkinan wujudnya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang. 
 
Tambah Tuan Ibrahim lagi, parti pembangkang lain masih lagi mempunyai lebih 100 kerusi yang bukan milik PAS untuk ditandingi.
 
"Yang penting mereka memahami PAS dah ada kerusi tradisi dan tak perlu diganggulah. Jadi kalau dia (pembangkang lain) nak runding ada lagi lebih 100 kerusi yang PAS tak tanding. Kalau nak runding, mereka tak perlu ganggu kerusi tradisi PAS," katanya.
 
Ketika ditanya mengenai perkembangan rundingan kerjasama PPBM-PAS, Tuan Ibrahim memberitahu, sikap Tun Dr Mahathir Mohamad 'membantutkan' peluang sama-sama berganding bahu pada PRU nanti.
 
"Halangan besar kita ialah sikap dan kenyataan daripada pimpinan tertinggi PPBM seperti Tun (Mahathir) mengkritik sistem perundangan Islam, jadi saya fikir benda tu yang kena selesai awal. Kalau kita berunding, kita tak nak berunding dengan parti yang menyerang dasar-dasar yang PAS bawa," tegas beliau.  
 
PAS sehingga kini belum memuktamadkan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak, menuju Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
Namun parti itu berkali-kali menegaskan enggan mengadakan hubungan politik dengan parti yang menjalinkan kerjasama dengan DAP dan Amanah. 
 
 


PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim

Sekianlah artikel PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pas-runding-agihan-kerusi-dengan-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS runding agihan kerusi dengan PPBM jika capai kata sepakat - Tuan Ibrahim"

Posting Komentar