Judul : PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan
link : PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan
PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan
Berpatah arang berkerat rotan... PAS Selangor buat keputusan yang sudah pasti menyebabkan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali berpeluh siang malam.
Ini selepas PAS yang kini mempunyai 13 DUN bertekad untuk ‘melanggar’ mana-mana kerusi yang ditandingi PKR di negeri ini sekiranya parti itu tidak lagi menghormati prinsip serta kerjasama politik yang terbentuk sejak Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12)
Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, PAS tidak akan memberi sebarang jalan kepada PKR andai parti itu kekal dengan pembahagian kerusi menjurus kepada tiga penjuru seperti mana yang dilaporkan baru-baru ini.
“Kita tidak ada masalah (jika PKR, DAP, PAN dan PPBM mengadakan pembahagian kerusi), namun kita telah kenal pasti dan bertegas dengan kerusi yang kita akan tandingi untuk PRU14 nanti.
“Jika pembahagian kerusi itu menjurus kepada formula pertandingan satu lawan satu, kita akan hormati kerjasama (dengan PKR) yang ada sebelum ini, kita akan kekalkan kerusi DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh kita.
“Namun, sekiranya pembahagian kerusi membabitkan parti pembangkang itu melibatkan formula pertandingan tiga penjuru atau lebih, maka semua kerusi di Selangor ini kita anggap terbuka, sesiapa sahaja boleh bertanding termasuk PAS sendiri,” katanya selepas merasmikan Seminar Smart Strata 2017 di Setia Alam Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desas-desus bahawa PKR serta sekutunya iaitu DAP, PAN dan PPBM telah membahagi-bahagikan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa melibatkan PAS untuk pilihan raya umum akan datang.
Difahamkan hasil pembahagian itu, PKR dijangka akan bertanding 18 kerusi DUN diikuti 15 kerusi untuk DAP, manakala PAN serta PPBM masing-masing akan bertanding 14 dan sembilan kerusi
Dalam perkembangan lain, Iskandar yang juga Naib Presiden PAS menegaskan tiada sebarang penetapan kerusi dibuat di antara parti itu dengan PPBM sebagai mana yang dilaporkan sebelum ini.
Dalam PRU13 daripada 21 Dun yang dipertandingkan PAS, parti itu menang 15 kerusi dengan lapan kerusi daripadanya menang atas sokongan daripada pengundi bukan Melayu.
Kelapan-lapan kerusi Dun yang dimaksudkan itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Paya Jaras, Seri Serdang, Chempaka, Meru, Dusun Tua dan Tanjong Sepat.
Selain itu katanya, dua kawasan luar bandar seperti Dun Morib dan Tanjung Sepat dimenangi PAS dengan kelebihan majoriti kurang daripada 1,000 undi turut berada dalam keadaan tidak menentu.
Oleh itu, atas faktor kehilangan sokongan pengundi Cina, PAS kemungkinan akan kalah sekurang-kurangnya 10 Dun di Selangor pada PRU14.
PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan
Sekianlah artikel PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pas-lawan-habis-habisan-jika-kerusinya.html
0 Response to "PAS lawan habis-habisan jika kerusinya diganggu Pakatan"
Posting Komentar