PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI

PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI
link : PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI

Baca juga


PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI

PAS nampaknya sudah memutuskan untuk muktamad ‘jalan sendiri solo’ pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang, menurut portal tempatan AgendaDaily.
Ia susulan penegasan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Sabtu menerusi satu kenyataan pada lewat Sabtu yang menjelaskan bahawa partinya tidak akan menyertai Pakatan Harapan ataupun Barisan Nasional (BN).
Malah beliau secara berterus terang menganggap blok Pakatan Harapan diketuai DAP pada masa ini adalah lebih teruk daripada BN sendiri yang disertai 14 parti komponen diterajui UMNO.
“PAS tidak bersama Pakatan Harapan kerana bercanggah dengan dasar dan konsepnya. Di dalamnya ada parti dan pemimpin yang berterusan menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oportunis.
“PAS tidak boleh menyertai BN kerana pernah menyertainya dahulu dan terkini, memerintah negara dengan bebanan masalah dan penyakitnya, selain masih ada halangan terhadap dasar dan matlamat PAS.
“Menyertai BN laksana memikul seekor biawak hidup, walaupun sebahagian kalangan mereka yang mencipta masalah dalam BN itu sudah pun keluar dan menyertai pula Pakatan Harapan.
“Bahkan jika PAS berhasrat mahu menyertai Pakatan Harapan, biawaknya itu adalah lebih besar dan penyakitnya pula lebih parah daripada BN,” tegas Abdul Hadi lagi.
Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat selepas dibubarkan DAP pada 2015, buat masa ini turut disertai PKR, PAN dan terbaharu PPBM iaitu serpihan UMNO.
Manakala PAS pula setelah dibuang pakatan itu kemudian membentuk blok Gagasan Sejahtera yang dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa)
Menurut Abdul Hadi lagi, PAS tidak sedikit pun keliru dalam menentukan gerakan pendiriannya, selain tidak dalam dilema untuk memilih rakan politiknya atau disebut sebagai tahaluf siyasi.
“Banyak kalangan yang tanya sikap PAS antara memilih Pakatan Harapan atau BN, namun hanya pihak lain sahaja berdilema berkenaan PAS, menandakan PAS diminati semua,” katanya.


PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI

Sekianlah artikel PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/pakatan-harapan-terlalu-teruk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAKATAN HARAPAN TERLALU TERUK BERBANDING BN – ABDUL HADI"

Posting Komentar