Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS

Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS
link : Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS

Baca juga


Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS

Masih terdapat mereka yang keliru dalam menilai bagaimana cara PAS berjuang. Bagaimana PAS beraksi di pentas politik. Mereka hairan kenapa PAS menjadikan agama sebagai asas perjuangannya. Cemburu mereka bukan kepalang apabila PAS terus meraih sokongan ummah meskipun diselubungi fitnah dan tohmahan dari segenap sudut.
Mereka sangat terdesak melihat risalah perjuangan PAS kian diterima masyarakat dari pelbagai latar. Sebahagian mereka berusaha untuk menyingkirkan PAS dari saingan politik negara lalu menggesa supaya PAS menyertai Jamaah Tabligh dan Tarikat Sufi.
Secara tidak langsung mereka sebenarnya telah memberi penghormatan tinggi kepada PAS dengan gesaan tersebut, justeru “Jamaah Tabligh dan Kumpulan Tarekat adalah sahabat PAS di pentas dakwah Islam dan Amal Islami.”
Mereka jahil tentang perjuangan PAS. Mereka gagal memahami seni politik yang dibawa oleh PAS. Tidak tergapai dek aqal mereka bagaimana PAS berpencak di pentas politik guna melunaskan tanggungjawab perjuangan Islam. Mereka sangka, Islam tidak boleh diperjuangkan dipentas politik.
Memahami seni politik matang dan sejahtera
Secara peribadi, saya maafkan mereka, justeru mereka perlu lebih masa untuk memahami seni politik matang dan sejahtera yang dilaksanakan oleh PAS dalam saingan politik negara masa kini. Biarlah saya tegaskan kembali bahawa:
i. Dasar perjuangan PAS adalah “Islam”. Penegasan ini boleh dirujuk pada Perlembagaan PAS Fasal ke-3. Islam ertinya tunduk dan patuh kepada Allah swt. Kepatuhan dan ketundukan itu adalah bermaksud untuk meraih Redha Allah swt.
ii. PAS pula ditubuhkan untuk memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum hakamnya menuju keredhaan Allah swt. Juga mempertahankan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara. Objektif ini tercatat dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-5.
iii. Antara usaha PAS ialah menyeru ummat manusia kepada Syariat Allah swt dan Sunnah Rasul-Nya saw melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan. Perkara ini termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal ke-6 di bawah tajuk usaha-usaha PAS.
Biarpun halangan sebesar gunung, PAS tidak pernah gentar mendepaninya demi melunaskan cita-cita perjuangan Islam. Perlembagaan PAS, Fasal ke-4 menegaskan bahawa Seruan PAS ialah “Allahu Akbar” (Allah Yang Maha Besar). Tiada yang lebih besar dan hebat selain Allah swt. Tiada siapa yang boleh menghalang dan menyekat perjuangan untuk menegakkan agama Allah swt. #sumber
Nasrudin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS dan Ahli Parlimen Temerloh


Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS

Sekianlah artikel Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/nasrudin-hassan-saya-maafkan-mereka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Nasrudin Hassan: Saya "Maafkan" Mereka Yang Jahil Perjuangan PAS"

Posting Komentar