Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?

Misteri Korea Utara Bakal Terungkai? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?
link : Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?

Baca juga


Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?

Misteri Korea Utara Bakal Terungkai? Pembunuhan Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia 2) 3 minggu lepas sedikit sebanyak menyegarkan kembali minat sebuah pertubuhan Jepun terhadap kejadian misteri yang berlaku 39 tahun lepas.

Pada 20 Ogos 1978, 4 wanita Malaysia dan seorang wanita Singapura hilang secara misteri selepas seorang lelaki “Jepun” mempelawa mereka berparti di atas sebuah kapal di luar pantai Singapura.

Misteri Korea Utara Bakal Terungkai? Empat wanita Malaysia yang hilang tanpa sebarang kesan hingga kini itu ialah Yeng Yoke Fun, 22, Yap Me Leng, 22, Seetoh Tai Thim, 19 dan Margaret Ong Guat Choo, 19, manakala warga Singapura berkenaan bernama Diana Ng Kum Yim, 24.

Walaupun 2 kejadian itu berlaku dalam jarak hampir 4 dekad, namun ia mempunyai persamaan iaitu perasaan wasangka ia didalangi ejen Korea Utara yang mungkin mendapat perintah daripada pemimpin tertinggi mereka untuk melakukannya.

“Kami perlu siasat kembali kes ini (kejadian kehilangan wanita berkenaan pada 1978), kami sedia membantu sanak saudara keempat-empat wanita Malaysia itu untuk mendaptkan lebih banyak maklumat,” kata pengarah Persatuan bagi Menyelamatkan Mangsa Culik Korea Utara (ARNKA) Tomoharu Ebihara kepada Bernama baru-baru ini.

Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?


Walaupun maklumat yang terdapat tentang 4 wanita itu samar dan kejadian tersebut pula berlaku 39 tahun lepas, namun Ebihara yakin suatu hari nanti beliau dan rakannya akan berjaya merungkai misteri tersebut.

Beliau berkata, maklumat tentang kemungkinan ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik Korea Utara dikutip daripada testimoni seniwati Korea Selatan, Choi Eun-hee, dan bekas anggota tentera Amerika Syarikat, Charles Robert Jenkins.

Eun-hee diculik di Hong Kong pada 1978, manakala Jenkins melarikan diri daripada unitnya dan menyeberang ke Korea Utara pada 1965 serta tinggal di negara komunis itu hingga 2004, sebelum membawa diri ke Jepun untuk menjalin hubungan dengan seorang wanita.

“Menurut Jenkins, dia pernah melihat gambar Yoke Fun dan masih mengingati pernah berjumpa dengan wanita sama di sebuah taman hiburan di Pyongyang antara 1980 dan 1981,” kata Ebihara.

Menurut aktivis itu, Eun-hee, yang tinggal di Pyongyang hingga 1986, berkata dia mendapat tahu daripada seorang wanita terdapat sepasang rakyat Malaysia yang tinggal di sebuah kawasan lain di Pyongyang ketika dia tinggal di ibu negara Korea Utara itu.

“Itu sajalah maklumat yang kami ada tentang kemungkinan terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa culik dan maklumat yang diberi Eun-hee dan Jenkins memang boleh dipercayai,” katanya.

Menurut Ebihara, rakyat dari 12 negara didakwa diculik ejen Korea Utara, termasuk dari Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Thailand, Jordan, Lebanon, Romania dan Perancis.

Katanya pertubuhan bukan kerajaan di Jepun percaya kira-kira 300 rakyat negara itu diculik ejen Korea Utara, walaupun jumlah rasmi yang diberi kerajaan ialah 18 orang.

Beratus-ratus rakyat Korea Selatan juga didakwa diculik ejen Korea Utara.

Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?


Ebihara berkata satu-satunya rakyat Thailand yang diculik iaitu Anocha Panjoy, menjadi mangsa ejen Korea Utara pada Julai 1978 ketika dia bekerja di Macau. Mangsa didakwa diculik lelaki “Jepun” sama, yang menjadi dalang di sebalik perbuatan menculik 4 wanita Malaysia dan seorang wanita Singapura itu, sebulan kemudian.

Lelaki “Jepun” itu dipercayai adalah seorang ejen Korea Utara.

Menurut Ebihara, walaupun sukar untuk memastikan sebab penculikan itu dilakukan, tetapi wujud keyakinan mendalam bahawa mereka yang diculik, antara lain, dijadikan guru bahasa atau budaya untuk ejen Korea Utara.

“Mereka juga diculik untuk dijadikan isteri kepada lelaki asing yang diculik,” katanya sambil menyebut tentang Jenkins yang berkahwin dengan mangsa culik dari Jepun bernama Hitomi Soga.

Misteri Korea Utara Bakal Terungkai? Ebihara berkata, menurut maklumat Jenkins, Panjoy, juga dipercayai berkahwin dengan seorang mangsa culik lain. - fmt


Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image






Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?

Sekianlah artikel Misteri Korea Utara Bakal Terungkai? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Misteri Korea Utara Bakal Terungkai? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/misteri-korea-utara-bakal-terungkai.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Misteri Korea Utara Bakal Terungkai?"

Posting Komentar