Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga

Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga
link : Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga

Baca juga


Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga


SHAH ALAM: Permohonan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibenarkan sentuhan fizikal dengan ahli keluarganya ketika lawatan di penjara ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamed yang menyifatkan tidak ada yang tidak rasional, menyalahi undang-undang dan ketidaksopanan prosedur dalam keputusan Jabatan Penjara itu.
“Mereka kata akan mempertimbangkan berdasarkan kes demi kes dalam surat mereka. Mahkamah lazimnya tidak akan campur tangan dengan badan membuat keputusan atau badan tribunal melainkan jika ia jelas salah atau ‘mala fide’,” katanya.
Nik Hasmat juga mengarahkan keluarga Anwar membayar kos nominal RM1,000 kepada Jabatan Penjara.
Anwar melalui surat peguamnya bertarikh 2 Mac 2016 memohon penjara membenarkan sentuhan fizikal ketika lawatan tetapi permintaan itu ditolak melalui surat, bertarikh 14 Mac 2016.
Sehubungan itu, beliau memfailkan semakan kehakiman dan dibenarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Turut bertindak selaku pemohon ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta empat anak perempuan mereka iaitu Nurul Izzah, Nurul Nuha, Nurul Ilham dan Nurul Iman juga empat cucu.
Anwar dan keluarga menamakan Pengarah Penjara Sungai Buloh, Komisioner Jeneral Penjara dan Menteri Dalam Negeri sebagai responden.
Mereka turut mendakwa Jabatan Penjara menafikan sentuhan fizikal antara Anwar dan ahli keluarganya yang dipisahkan melalui dinding kaca serta percakapan dilakukan hanya melalui telefon ketika lawatan tiga minggu sekali. #sumber


Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga

Sekianlah artikel Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/mahkamah-tolak-anwar-lakukan-sentuhan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Tolak Anwar Lakukan Sentuhan Fizikal Dengan Keluarga"

Posting Komentar