MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI

MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI
link : MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI

Baca juga


MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mencadangkan Pas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Azmin Ali bagi meredakan perbalahan yang sedang berlaku.

Beliau berkata, Pas yang memperkenalkan konsep politik matang dan sejahtera seharusnya tidak membiarkan pimpinan pertengahannya menyerang Azmin secara terbuka di media.

“Dalam konsep berpolitik sememangnya perdebatan terbuka tidak dapat dielakkan, tetapi harus cermat dalam berkata-kata. Ungkapan Azmin Ali dengan perkataan ‘lebai’ tidaklah perlu dibalas dengan ungkitan, ugutan dan kecaman terhadap beliau.

“Adalah lebih manis andai politik matang dan sejahtera dizahirkan oleh pimpinan Pas dengan membuat kunjungan dan berbincang dengan Azmin Ali untuk meredakan keadaan dari berlarutan,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor portal Malaysia Dateline.

Malah katanya, kenyataan Azmin yang menyindir ‘seorang lebai’ itu ekoran kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengatakan Pas akan menerajui beberapa negeri termasuk Selangor selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Walaupun Presiden Pas menafikan tetapi rakaman ucapan beliau sangat jelas serta diperkukuhkan kemudiannya oleh Ketua Pemuda Pas Pusat dan AJK Pas Pusat yang juga Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP) Dr Mohd Zuhdi Marzuki,” katanya yang masih lagi ahli Pas.

Beliau berkata, kenyataan Pas akan menerajui Selangor itu sama seperti berhasrat mengambil alih kerajaan Selangor dari Azmin dan PKR sedangkan Pas masih berada dalam kerajaan negeri.

“Lainlah kalau Pas dah isytihar berundur dan keluar dari kerajaan Selangor. Tindakan sebegini membina pesepsi yang tidak baik pada Pas,” katanya.

Beliau juga berkata, tindakan Pas menyerang dan mengugut Azmin dan PKR menyebabkan rakyat beranggapan parti Islam itu mahu menjatuhkan kerajaan rakyat.

“Pas sedang dilihat berperangai ‘arrogant’ (keras kepala). Rakyat melihat sikap Pas umpama kalau tak dapat pada Pas sekali pun biar kerajaan rakyat ini dijatuhkan,” katanya.

Kemelut berlaku apabila Nik Abduh mengeluarkan kenyataan bahawa parti berkenaan akan menawan Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

Kenyataan itu dibalas Azmin di laman sosial miliknya dengan memuat naik kenyataan “Ada pak lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur” yang kemudian menimbulkan pelbagai reaksi.


MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI

Sekianlah artikel MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/mahfuz-tegur-pas-dilihat-berperangai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "MAHFUZ TEGUR PAS DILIHAT BERPERANGAI KERAS KEPALA, JUMPA AZMIN ISU TOK LEBAI"

Posting Komentar