Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir
link : Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Baca juga


Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

PETALING JAYA: Datuk Lee Chong Wei mara ke pusingan separuh akhir kejohanan badminton All England apabila menewaskan pemain China, Tian Houwei 21-12, 21-15.
Jaguh badminton negara ini diletakkan selaku pilihan utama pada Kejohanan All England yang kini berlangsung di Barclaycard Arena, Birmingham, England.
Chong Wei pernah menjuarai All England pada 2010, 2011 dan 2014.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, selaku pilihan utama kejohanan, Chong Wei, 34, tidak berdepan masalah menewaskan Tian Houwei, 25, dari China 21-12, 21-15 di suku akhir di Birmingham pada Jumaat (awal pagi Sabtu, waktu Malaysia).
Menanti Chong Wei di separuh akhir adalah Chou Tien Chen dari Taiwan yang menewaskan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-19, 16-21, 21-8 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.
Musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan, 33, dari China, pula mara selepas bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengenepikan Viktor Axelsen, 23, dari Denmark 8-21, 21-14, 21-15.
Selepas ini, Lin Dan akan membuat perhitungan dengan rakan senegaranya, Shi Yuqi yang mara sesudah menewaskan pemain Jepun, Kazumasa Sakai 21-13, 21-4.
Turut mengikut jejak Chong Wei ke separuh akhir adalah beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menewaskan Wang Yilyu-Huang Dongping dari China, 23-21, 21-14 di suku akhir.
Di separuh akhir, mereka akan menentang Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun yang sebelum itu mengalahkan Yoo Yeon Seong-Kim Ha Na dari Korea Selatan, 21-17, 18-21, 22-20.
Namun cabaran beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong berakhir di suku akhir selepas tewas kepada Li Junhui-Liu Yuchen dari China 19-21, 21-17, 19-21. #sumber


Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Sekianlah artikel Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/kejohanan-badminton-all-england-chong.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kejohanan Badminton All England: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir"

Posting Komentar