Judul : Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera
link : Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera
Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera
ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun meninggal dunia, dipercayai akibat didera setelah lebam seluruh badan dan kemaluannya cedera.
Kanak-kanak itu dalam keadaan sihat ketika dihantar untuk jagaan pengasuh. Namun pengasuh di pangsapuri Impian Baiduri memaklumkan mangsa muntah dan tidak sihat, lapor Harian Metro.
Ibu mangsa mengambil anaknya itu dalam keadaan tidak sedarkan diri di situ pada 4 petang sebelum dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kata polis.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di PPUM pada 5.40 petang,” kata ketua polis daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din.
“Pemeriksaan pihak hospital mendapati mangsa mengalami lebam di seluruh badan dan bahagian kemaluan mengalami kecederaan seperti terkoyak.”
Susulan itu, polis menahan ibu kanak-kanak itu, teman lelakinya dan suami pengasuh semalam sebelum direman hari ini bagi siasatan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera
Sekianlah artikel Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/kanak-kanak-dua-tahun-meninggal-lebam.html
0 Response to "Kanak-kanak dua tahun meninggal, lebam seluruh badan, kemaluan cedera"
Posting Komentar