Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri

Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri
link : Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri

Baca juga


Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan bahawa tiada perubahan bilangan kawasan pilihan raya bagi kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semenanjung Malaysia di bawah penyemakan semula persempadan baru yang sedang dijalankan sekarang.

Keseluruhannya terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi DUN di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Perlis mempunyai tiga kerusi parlimen dan 15 DUN; Kedah 15/36; Kelantan 14/45; Terengganu 8/32; Pulau Pinang 13/40; Perak 24/59; Pahang 14/42; Selangor 22/56; Wilayah Persekutuan 12; Negeri Sembilan 8/36; Melaka 6/28; Johor 26/56; Labuan 1; Sabah 25/60 dan Sarawak 31/71.

Bagaimanapun terdapat cadangan pertukaran nama beberapa kawasan parlimen dan DUN dengan nama baru.

Antara yang paling ketara ialah kawasan Parlimen P.162 Gelang Patah akan dikenali dengan nama baru iaitu Iskandar Puteri.

Selain Gelang Patah, kawasan Parlimen lain yang akan bertukar nama ialah Telok Kemang (P.132) di Negeri Sembilan yang ditukar kepada Port Dickson.
Di Melaka, Parlimen Bukit Katil (P.137) akan dikenali dengan nama baru iaitu Hang Tuah Jaya.

Lain-lain kawasan yang terlibat dengan pindaan dan perubahan kepada nama baru hanyalah melibatkan kepada perubahan struktur ejaan sahaja.

Misalnya, Alor Star (P.009) ditukar kepada Alor Setar; Bagan Datok (P.075) kepada Bagan Datuk; Telok Intan (P.076) kepada Teluk Intan dan Tanjong Piai (P.165) kepada Tanjung Piai.

Untuk DUN pula, keseluruhannya terdapat 20 kawasan yang disyorkan untuk pertukaran nama iaitu masing-masing satu di Kedah; Kelantan (1); Terengganu (1); Perak (2); Negeri Sembilan (2); Melaka (5) dan Johor (8).

SPR juga mengesahkan sehingga 6 September tahun lalu sejumlah 9,301,041 bilangan pemilih (kecuali Selangor) telah berdaftar di dalam Daftar Pemilih semasa.

Menurut SPR lagi, syor-syor yang dicadangkan ini beserta dengan rang pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu (kecuali Selangor) dan rang pelan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri yang berkenaan boleh disemak mulai 8 Mac hingga 7 April ini di Pejabat Daerah/Pihak Berkuasa Tempatan/Pejabat SPR/Pejabat Tanah dan Jajahan serta dewan serbaguna atau pejabat kerajaan yang disahkan.

Sebarang representasi kepada syor-syor yang dicadangkan ini boleh dikemukakan kepada SPR dalam masa satu bulan selepas notis ini dipamerkan.  #sumber


Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri

Sekianlah artikel Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/jumlah-kerusi-parlimen-dun-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jumlah Kerusi Parlimen & DUN Di Semenanjung Kekal, Gelang Patah Dikenali Iskandar Puteri"

Posting Komentar