Judul : Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor
link : Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor
Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak tertipu dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim.
Titah baginda itu disampaikan kepada Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim pada Rabu malam.
"Saya terharu dengan respons rakyat saya. Tolong jangan terpedaya dengan individu yang mendakwa boleh mendapatkan rumah itu.
Proses yang ketat akan dilaksanakan bagi memastikan hanya mereka yang layak diberikan pertimbangan," titah Sultan Ibrahim.
Setakat pukul 7 malam Rabu, 195,000 permohonan diterima bagi Rumah Impian Bangsa Johor.
Projek berkenaan, yang dilancarkan petang Rabu, merupakan hasil cetusan idea Sultan Johor, yang turut memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki rumah dengan harga serendah RM80,000.
Kepada mereka yang berminat boleh membuat pendaftaran dalam talian menerusi http://ift.tt/2mT7oh3. - Bernama
Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor
Sekianlah artikel Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/jangan-tertipu-individu-dakwa-boleh.html
0 Response to "Jangan Tertipu Individu Dakwa Boleh Dapatkan Rumah Impian - Sultan Johor"
Posting Komentar