Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim

Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim
link : Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim

Baca juga


Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim

PETALING JAYA: Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya berkata, pendakwah kontroversi dari India, Dr Zakir Naik bersedia dengan cadangan beliau agar bertemu dengan peguam, Siti Kassim bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan.
Menurut Fathul Bari, maklum balas kesediaan Zakir itu dimuat naik menerusi laman sosial Facebooknya sejak kelmarin.
“Namun pihak berkenaan tidak beri apa-apa maklum balas berhubung hal tersebut. Saya pula tidak menghubungi peguam tersebut (Siti) secara langsung,” kata beliau dipetik Sinar Harian Online.
Rabu lalu, 19 orang termasuk pengerusi kumpulan Hindraf P Waythamoorthy dan peguam Siti Kasim memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia kerana mendakwa ia melindungi Zakir.
Mereka mendakwa pendakwah India itu individu yang boleh mengancam keselamatan dan keharmonian negara.
Mereka juga mendakwa kehadiran Zakir di Malaysia akan membawa ancaman kepada keselamatan negara.
Dalam satu status di Facebook beliau, Fathul Bari menulis: “Saya telah maklumkan kepada Dr Zakir Naik tentang cadangan saya supaya Siti Kassim dan Asiah Jalil bertemu beliau. Dan ini jawapan beliau…”
Fathul Bari kemudian memuat naik paparan skrin aplikasi WhatsApp perbualannya bersama Zakir berhubung usaha mengadakan pertemuan yang belum dipastikan tarikhnya itu.
Dalam paparan berkenaan, Zakir menyatakan kesudian beliau memenuhi permintaan tersebut.
Antara ayat balas yang dinyatakan Zakir berbunyi, “If you think it will be fruitful and their niyyah is good, I would not mind meeting them” (Jika kamu fikir ia membuahkan hasil baik dan niat mereka bagus, saya tidak kisah bertemu dengan mereka).
Fathul Bari berkata, Zakir kini berada di Malaysia dan jika ada persetujuan semua pihak, pertemuan ini boleh diadakan bila-bila masa.
“Sekiranya pihak terbabit bersetuju, boleh sahaja buat secara tertutup, yang penting dapat luahkan apa yang dia (Siti) nak cakap. Perkara ini penting kerana dia (Siti) telah bercakap kepada umum dengan dakwaan tertentu sehingga menimbulkan pelbagai keraguan kepada masyarakat,” katanya.
Menurutnya, pertemuan itu adalah satu cara positif dan terpulang kepada kedua-dua pihak ingin mengadakannya secara diskusi, perbincangan biasa mahupun debat.
Jika tidak, Fathul Bari berpandangan, ia sekadar perjuangan yang bersandarkan kepada retorik. #sumber


Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim

Sekianlah artikel Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/fathul-bari-pendakwah-terkenal-zakir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Fathul Bari: Pendakwah Terkenal, Zakir Naik Sedia Temu Siti Kassim"

Posting Komentar