Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !

Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !
link : Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !

Baca juga


Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !


JOHOR BAHRU: Exco Kerajaan Negeri Johor Datuk Abd Latif Bandi yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan penyelewengan hartanah, direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Nur Sulehan Abd Rahman,  mengarahkan Abd Latif, 51, ditahan sehingga 16 Mac seperti yang dimohon oleh SPRM.
Abd Latif yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna jingga, dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Johor Bahru pukul 9.11 pagi pada Jumaat.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Sejurus Abd Latif ditahan pada Khamis, pegawai SPRM merampas sejumlah barangan berharga di rumah beliau di Johor termasuk 150 beg tangan mewah, wang tunai RM41,000 dan sebuah kenderaan mewah.

Antara jenama beg tangan yang dirampas termasuk Chanel, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo dan Louis Vuitton.

Difahamkan SPRM telah mengekori Abd Latif selama beberapa hari dan mengesan kedudukan suspek sebelum melakukan penahanan.

Pada 24 Februari lalu, anak sulung Abd Latif, Ahmad Fauzan dan pegawai khasnya, Muhammad Idzuan Jamalluddin ditahan oleh SPRM.

Susulan penahanan dua suspek itu, Abd Latif mengambil pendirian berdiam diri berhubung kes tersebut. Beliau juga tidak dilihat di khalayak umum. Kira-kira RM15.5 juta dalam lebih 45 akaun dibekukan sebagai sebahagian siasatan kes itu.

Turut dirampas termasuk 21 buah kereta mewah, lima buah motosikal berkuasa tinggi dan sejumlah dokumen. Seorang peguam, dua pemaju, seorang kontraktor dan seorang lagi suspek turut ditahan dalam beberapa siri serbuan oleh SPRM.

Kesemua tujuh suspek berusia antara 25 dan 50 tahun, dibebaskan dengan ikat jamin selepas tempoh reman mereka tamat. Setakat ini, SPRM telah memanggil 15 individu untuk memberikan keterangan. #sumber



Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !

Sekianlah artikel Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/exco-kerajaaan-johor-datuk-abd-latif.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Exco Kerajaaan Johor, Datuk Abd Latif Bandi Di Reman Tujuh Hari !"

Posting Komentar