Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !

Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !
link : Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !

Baca juga


Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !

PETALING JAYA: PAS mengakui perjuangan mereka selaras dengan apa yang dilakukan jemaah tabligh dalam melahirkan ahli dan pemimpin yang bersih, kata Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS itu berkata, pendekatan Islam yang dibawa PAS dapat menghindari pemimpin daripada terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti mengunjungi kelab malam dan kaki perempuan.
“Dalam PAS memang sudah ada kegiatan menyucikan diri dan mengukuhkan kerohanian seperti yang dilakukan oleh jamaah tabligh.
“PAS memang mementingkan usaha seperti itu supaya pimpinan politik yang dilahirkan oleh PAS tidak kaki kelab malam, berpeleseran dengan wanita bukan mahram dan lain-lain,” kata beliau kepada FMT.
Zuhdi berkata demikian susulan pandangan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Pulau Pinang, Zairil Khir Johari yang menyifatkan PAS umpama jemaah tabligh kerana tidak berminat memenangi pilihan raya.
Katanya, Zairil sepatutnya mencontohi perjuangan yang dibawa PAS dan jemaah tabligh sekali gus dapat melahirkan pemimpin yang berakhlak tinggi.
“Pemimpin yang berakhlak tinggi dan berintegriti sebenarnya lahir dari kegiatan penyucian diri dan pengukuhan kerohanian seperti yang ada dalam PAS serta jamaah tabligh.
“Dengan menawarkan pimpinan seperti ini, PAS yakin rakyat Malaysia akan menolak pimpinan politik sekular dan chauvinis seperti yang dilahirkan oleh DAP,” katanya.
Semalam, Zairil dalam penulisannya mempersoalkan haluan perjuangan PAS yang kini lebih mementingkan perjuangan agama berbanding meraih sokongan politik dan menuduh PAS lari daripada perjuangan arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS.
Zuhdi pada masa sama turut mengingatkan Zairil supaya tidak memandang rendah kepada jemaah tabligh kerana kumpulan itu mampu menumbangkan kerajaan DAP Pulau Pinang.
“Jumlah mereka yang ramai di Pulau Pinang dan pengaruh mereka yang tidak sedikit, di samping kerjasama dengan PAS dan NGO Islam yang lain, jika digembleng akan mewujudkan tsunami Islam yang akan menumbangkan DAP di negeri tersebut,” katanya. #sumber


Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !

Sekianlah artikel Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/dr-zuhdi-pas-lahirkan-pemimpin-islam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Zuhdi: PAS Lahirkan Pemimpin Islam, Bukan 'Kaki Kelab Malam' !"

Posting Komentar