"Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora - Hallo sahabat
Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Berita,
Artikel Budaya,
Artikel Kabar,
Artikel Malaysia,
Artikel Melayu,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Ragam,
Artikel Sosial,
Artikel Terbaru,
Artikel Terkini,
Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
"Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Noralink :
"Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora
"Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora
ANTARAPOS.COM
PETALING JAYA: Hasrat penyanyi Nora Ariffin untuk menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke 25 tidak kesampaian apabila suaminya komposer Johan Nawawi meninggal dunia akibat serangan jantung.
Nora, 44, berkata, Allahyarham merancang untuk mengadakan majlis istimewa tersebut sempena ulang tahun berkenaan pada 9 April depan dengan mengayakan pakaian tuksedo.
"Dia ada merancang untuk mengadakan persembahan pada majlis ulang tahun perkahwinan kami April depan.
"Dia kata nak pakai tuksedo pada hari itu dan saya pakai baju Azura. Ia seperti meraikan kembali perkahwinan kami. Namun perancangan Allah itu kita tidak tahu," ujarnya kepada mStar Online.
Nora atau nama sebenarnya, Wan Norafizah Ariffin ditemui di Masjid Ar Rahman, di sini, Jumaat.
Johan Nawawi, 52, menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya kira-kira pukul 6.30 pagi Jumaat.
Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 11.30 malam Khamis selepas kesihatannya merosot. Nora berkata, dia tidak sempat berada di sisi suaminya ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.
"Saya bawa dia ke hospital pada malam tadi dan terus ditahan di wad kecemasan, saya minta bilik eksekutif tapi penuh.
"Jadi saya terpaksa balik, selepas itu kira-kira pukul 5.30 pagi pihak hospital telefon beritahu arwah dalam keadaan tenat.
"Bila saya sampai, doktor beritahu arwah sudah meninggal dunia. Pada mulanya saya seakan-akan tidak percaya minta mereka buat pemeriksaan sekali lagi. Tapi saya reda dia pergi ke tempat yang lebih baik," ujarnya.
Selain itu, Nora turut menyifatkan Allahyarham seorang suaminya yang penyayang dan kuat berkerja. Dia akan memastikan usaha Allahyarham dalam beberapa projek akan diteruskan.
"Orang selalu ingat kami orang senang tapi sebenarnya tidak, tapi Allahyarham kuat bekerja dan memastikan kehidupan kami cukup.
"Saya tidak ada kenangan pahit dengan dia. Semua kenangan bersamanya adalah kenangan manis," ujarnya.
Nora dan Johan berkahwin pada 9 April 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Mohd Syakir Iman, 24, Mohd Syakir Alif, 18, Putri Nur Dahlis, 13 dan Putri Nur Fatehah, 5 tahun.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat
"Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora
Sekianlah artikel "Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca "Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/dia-nak-pakai-tuksedo-pada-ulang-tahun.html
Related Posts :
Calon PM: Ketidakpuasan hati ahli boleh jejas undi PHOleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Sikap ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin dan ahli Pakatan Harapan (PH) bakal me… Read More...
Harga petrol turun 3 sen, diesel kekalANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 3 sen seliter manakala diesel kekal, berkuat kuasa tengah… Read More...
Suaram selar imigresen larang anak angkat bersekolah
FMT Reporters
Suaram persoal bagaimana agensi di bawah KDN itu mampu mengatasi dasar Kementerian Pendidikan.
PETALING JA… Read More...
Dr Mahathir dilarang jumpa AnwarANTARAPOS
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilarang mengadakan pertemuannya dengan Ketua Umum PKR… Read More...
Masih terlalu awal untuk minta dana, kata ADUN PAS AddThis Sharing Buttons Share to TwitterShare to FacebookShare to WhatsAppShare to WeChatShare to LINEShare to TelegramShare to Google+Share to EmailShare to Print pada 10-01-2018 06:01 Oleh Athirah Hanapiah Post Pic SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya sehingga hari ini kepada kerajaan negeri bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali. Justeru menurut ADUN Gombak Setia, Hasbullah Mohd Ridzwan tidak timbul soal peruntukan berkenaan disekat ataupun dipotong, sambil mengesahkan masih terlalu awal untuk meminta dana kewangan. "Kita tiada apa-apa maklumat sama ada rasmi ataupun tidak, tetapi apa yang kita tahu setakat ini tuntutan belum boleh dibuat lagi. "Masih awal bulan, baru masuk minggu kedua (tahun 2018), kita pun tidak menghantar apa-apa tuntutan lagi," ujarnya ringkas. Terdahulu, timbul khabar angin mengatakan peruntukan kepada ADUN PAS di Selangor dipotong oleh Kerajaan Negeri bermula tahun ini. Perkara itu bagaimanapun dinafikan Azmin sendiri pada hari ini dengan menyatakan kerajaan negeri yang dipimpinnya tidak pernah menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu. Sebaliknya Azmin menjelaskan, kelewatan itu mungkin berpunca dari masalah teknikal, dan kemudiannya berjanji untuk menyelesaikan perkara itu. Beliau berkata, peruntukan itu adalah kepada ADUN, termasuk wakil rakyat PAS, ahli kelab penyokong kerajaan (BBC) dan penyelaras DUN serta kawasan Parlimen.Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: PAS Selangor memberitahu tiada sebarang tuntutan peruntukan dibuat oleh ADUN-ADUNnya se… Read More...
0 Response to ""Dia Nak Pakai Tuksedo Pada Ulang Tahun Perkahwinan Kami" - Nora"
Posting Komentar