Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng

Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng
link : Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng

Baca juga


Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng

Ketua Komunikasi dan Strategi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan menempelak tuduhan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa beliau pengecut disebabkan tidak meneruskan perdebatan yang dirancang.
 
Dalam tweetnya pada Rabu, Abdul Rahman menjelaskan sebab-sebab perdebatan itu tidak dilangsungkan.
 
“Debat yang dirancang itu dihentikan atas nasihat polis.
 
“Tindakan polis itu menunjukkan ianya adalah keputusan yang tepat. Tidak lama kemudian, Guan Eng didakwa atas dua pertuduhan rasuah,” katanya.
 
Pada 30 Jun lalu, Setiausaha Agung DAP itu dan ahli perniagaan, Phang Li Koon dihadapkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di atas dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.
 
Bagaimanapun pada 20 Mac, Mahkamah Tinggi menanggukan perbicaraan kes itu berikutan rayuan oleh kedua-dua tertuduh untuk mencabar Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Belud itu menegaskan berbanding topik debat antara beliau dan Guan Eng itu, topik perbahasan antara Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tidak berada dalam siasatan polis.
 
“Saya tidak percaya Lim tidak faham perbezaan penting ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
 
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan mengelar Abdul Rahman sebagai ‘pengecut’ serta memberi gelaran ‘pahlawan’ kepada Nazri kerana menyahut cabaran debat bersama Tun Dr Mahathir.
 
Pada April tahun lalu, Abdul Rahman yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencabar Ahli Parlimen Bagan itu untuk berdebat berkenaan isu penjualan sebidang tanah di Taman Manggis oleh kerajaan Pulau Pinang.
 
Bagaimanapun, pihak polis menyekat penganjuran debat itu berikutan topik yang bakal dibahaskan boleh menggangu siasatan polis.


Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng

Sekianlah artikel Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/debat-dituduh-pengecutrahman-dahlan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Debat : Dituduh pengecut…Rahman Dahlan ‘sekolahkan’ Guan Eng"

Posting Komentar