Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !

Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan ! - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !
link : Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !

Baca juga


Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !

PETALING JAYA: Pendakwaan di bawah kesalahan pengubahan wang haram dan bukannya tuduhan rasuah bagi kes penyelewengan tidak bermakna unsur rasuah diketepikan, kata peguam Datuk Geethan Ram Vincent.
Geethan berkata pihak pendakwaan perlu membuktikan 2 aspek bagi perbicaraan di bawah AMLA, iaitu wang daripada kegiatan haram dan apakah kegiatan haram yang terlibat.
“Misalnya, kegiatan haram itu mungkin pencurian, pecah amanah atau rasuah. Jika rasuah, ia akan disebut ketika perbicaraan nanti,” kata bekas timbalan pendakwa raya itu ketika dihubungi.
Bekas timbalan pendakwa raya itu berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan ditimbulkan Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Shafie Apdal di Dewan Rakyat mengenai mengapa suspek skandal Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tidak didakwa atas tuduhan rasuah.
“Pendakwaan AMLA tidak bermakna ia lebih ringan berbanding pendakwaan rasuah,” kata Geethan yang berpengalaman luas dalam kes berkaitan rasuah, dan menjadi peguam kepada bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah yang juga didakwa akta sama pada 2013.
Semua tertuduh dalam kes di Sabah itu didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Tahun lalu, SPRM merampas wang tunai berjumlah RM52 juta di rumah 2 pegawai kanan JANS, selain wang di bank dan aset lain, dalam tangkapan terbesar yang pernah dibuat badan itu.
Ketiga-tiga suspek, iaitu bekas pengarah JANS Ag Mohd Tahir Mohd Talib, isterinya Fauziah Piut dan bekas timbalan pengarah JANS Lim Lam Beng dihadapkan 37 pertuduhan di bawah AMLA oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu 29 Disember lalu.
Dalam sesi soal jawab di Parlimen minggu lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Akta SPRM 2009 masih lagi berjalan.
Peguam Datuk N Sivanathan pula berkata pendakwaan di bawah kesalahan itu lebih senang didakwa berbanding pendakwaan rasuah.
“Untuk didakwa kesalahan rasuah, anda perlu memastikan wujud elemen rasuah seperti pihak yang memberi suapan dan sebabnya. Ia mungkin mengambil masa panjang.
“Bagi AMLA pula, jika wang dengan jumlah yang besar ditemui dan anda tidak dapat menjelaskan sumbernya, pendakwaan boleh terus dibuat,” katanya.
Antara kes penyelewengan berprofil tinggi tahun ini yang melibatkan pendakwaan di bawah AMLA ialah kes bekas ketua pegawai eksekutif anak syarikat Tabung Haji Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti yang melibatkan wang tunai RM1 juta. #sumber


Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !

Sekianlah artikel Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan ! linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/dakwaan-ubah-wang-haram-tak-bermakna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dakwaan Ubah Wang Haram, Tak Bermakna 'Rasuah' Di Ketepikan !"

Posting Komentar