Judul : BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR
link : BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR
BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ahmad Dusuki Abd Rani membidas kenyataan pemimpin yang didakwa menghina golongan agamawan di negara ini.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun kenyataan Ahmad Dusuki itu dipercayai merujuk kepada status Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di laman twitter, pada Selasa.
“Hina sangatkah menjadi ‘ tok lebai’ di kalangan mata manusia ini sehingga nafas dan dada menjadi sesak dengan keberadaan mereka?
“Perlukah hidup ini mewajibkan diri menghina para alim ulama’ setelah kita menjadi pemimpin sekejap ini?
“Tidakkah istilah lebai dan warak ini menjadi kewajipan bagi mereka yang mengetahui kematian akan dilalui dihadapan mereka,” ujarnya memetik kenyataan di laman Facebooknya.
Azmin semalam menempelak ‘tok lebai’ yang ingin menawan negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.
Menurut Ahmad Dusuki lagi walaupun golongan ‘tok lebai’ ini tidak menjawat jawatan sebagai menteri besar namun mereka mempunyai senjata doa yang sangat ampuh.
“Kita tunggu saat kematian orang yang menghina para alim ulama’ ini!! Pastilah mayat mereka ‘membusuk’ dengan keegoan diri itu!!.
“Tok lebai’ ini walaupun ia tidak menjadi menteri besar mahu pun perdana menteri, namun mereka mempunyai ‘senjata’ yang ampuh melalui doanya, tunggulah saat tersungkur dan tersembam itu!,” tegasnya lagi.
Polemik ‘perang’ antara Pas dan PKR bermula apabila ahli parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyasarkan untuk mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.
BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR
Sekianlah artikel BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/biar-dihina-sekali-pun-biar-mayat.html
0 Response to "BIAR DIHINA SEKALI PUN, BIAR MAYAT MEREKA MEMBUSUK DENGAN EGO – PAS SELANGOR"
Posting Komentar