Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?

Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri? - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?
link : Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?

Baca juga


Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?

| BERNAMA
 
 Datuk Seri Shafie ApdalDatuk Seri Shafie ApdalPerdana Menteri hari ini mendedahkan seorang bekas menteri persekutuan yang kini presiden parti pembangkang, pernah menemuinya dan meminta supaya dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan permintaan itu sebagai cita-cita peribadi bekas menteri persekutuan itu.

"Bagi saya, cita-cita peribadi tidak boleh mengatasi perjuangan untuk rakyat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Perumahan Rakyat Taman Batu Sapi di sini, hari ini.

Najib berkata mana boleh sebuah parti politik ditubuh atas cita-cita peribadi, dan menurut beliau, parti seperti itu tidak akan bertahan lama.

Walaupun tidak menamakan pemimpin terbabit, Najib jelas merujuk kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Anggota Parlimen Semporna dan Presiden Parti Warisan Sabah.

Perdana Menteri menjelaskan penubuhan sesebuah parti politik dibuat atas perjuangan murni, suci serta penuh idealisme, misalnya penubuhan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Umno dan BN, kata Najib, ditubuh untuk membawa rakyat Malaysia lebih berjaya dan maju.

"Ini parti politik, ini perjuangan, satu institusi yang mesti dijaga. Pemimpin boleh datang dan pergi tetapi BN mesti kekal terus memerintah di bumi Malaysia yang bertuah ini.

"Perjuangan kita sambung menyambung daripada satu pemimpin kepada pemimpin yang lain dan sebab itu Malaysia berjaya," kata perdana menteri.

Justeru, Najib mengingatkan rakyat supaya tidak termakan dengan hasutan pembangkang yang kelak akan merugikan mereka.

Beliau berkata pembangkang tidak mementingkan sama ada perkara dibangkitkan mereka itu benar atau palsu.

"Mereka tak kisah sebab itu bukan objektif mereka. Objektif mereka iaitu untuk menghasut rakyat dan kalau tidak dapat menghasut rakyat, mereka mengelirukan rakyat.

"Ini matlamat pembangkang, saya pernah bercakap dengan mereka. Menurut mereka itu memang tugas sebagai pembangkang bukan pentingkan sesuatu benar atau tidak tetapi asalkan rakyat kurang kepercayaan kepada kerajaan, objektif tercapai," kata Najib.



Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?

Sekianlah artikel Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri? linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/bekas-menteri-persekutuan-minta-jadi.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas menteri persekutuan minta jadi Ketua Menteri?"

Posting Komentar