Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa

Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa
link : Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa

Baca juga


Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa

| BERNAMA
 
 
TH Heavy Engineering BhdTH Heavy Engineering Bhd

Bekas ketua pegawai eksekutif TH Heavy Engineering Bhd iaitu syarikat bersekutu Tabung Haji, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berjumlah RM1 juta, empat tahun lalu.

Datuk Nor Badli Munawir Mohamad Alias Lafti, 51, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Madihah Harullah.

"Saya mohon dibicarakan," katanya yang kelihatan tenang selepas jurubahasa mahkamah membacakan pertuduhan.

Tertuduh didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang tunai berjumlah RM430,000 daripada pengarah Syarikat Corak Intoil, Mohd Razip Mohammad dan wang tunai RM570,000 daripada pengarah Syarikat RL Offshore Sdn Bhd, Hanaffi Daud yang merupakan hasil daripada suatu aktiviti haram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berbeza di THHE Fabricators Sdn Bhd, Menara UOA Bangsar, No 5, Jalan Bangsar Utama, antara 2 dan 4 petang pada 27 Jun 2013, dan Restoran Leaf Dining, di Solaris Mont Kiara, di sini antara 3 dan 4 petang, 1 Nov 2013.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Asnawi Abu Hanipah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menawarkan wang jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan memohon supaya kes itu dibicarakan bersama kes pecah amanah yang dihadapi tertuduh sebelum ini di mahkamah sama.
Peguam Chetan Jethwani yang mewakili Nor Badli bagaimanapun memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan ia terlalu tinggi dan mencadangkan wang jaminan RM10,000 untuk kedua-dua pertuduhan.

Peguam itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam petang ini atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan 15 Mac untuk sebutan semula kes.

Pada 26 Jan lepas, Nor Badli mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas lima pertuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM2.5 juta.



Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa

Sekianlah artikel Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/bekas-ceo-syarikat-bersekutu-tabung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas CEO syarikat bersekutu Tabung Haji didakwa"

Posting Komentar