Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH

Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH
link : Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH

Baca juga


Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH

Dengan atau tanpa PAS... Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilihat berdepan kesukaran untuk mempertahankan jawatan tersebut sekalipun Pakatan Harapan masih memerintah negeri itu selepas pilihanraya umum akan datang.
Menurut hasil kajian yang dijalankan Zaaba Institute for Leadership (ZIL) pengundi Melayu khususnya cenderung untuk memilih PAS manakala hanya 5.6 peratus sahaja yang masih yakin dengan DAP, PKR bersama parti baharunya iaitu Parti Amanah Negara (PAN).
“Hasil soal selidik, apabila ditanya jika esok adalah pilihan raya, parti manakah yang anda akan undi, sebanyak 24.4 peratus responden berkata akan mengundi PAS, 9.3 peratus akan mengundi UMNO, 5.4 peratus akan mengundi PPBM dan hanya 5.6 peratus akan mengundi pakatan harapan. Manakala bakinya “masih atas pagar”.
“5.6 peratus adalah undi kepada pakatan harapan, yakni bercampur antara DAP, PKR dan PAN. Jika diasingkan PKR sahaja, mungkin peratus itu akan semakin berkurangan. Kami asingkan antara pakatan harapan dan PPBM kerana senario pada waktu itu mereka belum bergabung,” kata  Pegawai Eksekutif ZIL, Dr Ali Boerhanudin.
Kajian tersebut terdahulu dijalankan kepada 3,000 pengundi di lima kawasan iaitu  Gombak, Shah Alam, Selayang, Ampang dan Hulu Langat bermula Oktober sehingga Disember 2016.
Menurut kajian itu lagi, pengundi di kawasan Parlimen Gombak yang kini dimiliki Azmin juga kini cenderung tidak memilihnya kerana majoriti mereka mengutamakan isu agama.
“Antara 16 isu yang ditanya pada pengundi, yang manakah paling perlu diberikan perhatian oleh parti yang memerintah, isu ‘memartabatkan Islam dan memelihara kesuciannya’ menduduki tangga ke-3 selepas ‘turunkan kos sara hidup’ dan ‘basmi rasuah dengan berkesan’.
“Ini menunjukkan agama masih menjadi soal utama pada pengundi Melayu dan parti-parti yang bertanding harus memberi perhatian yang serius ke arah itu,” jelasnya.


Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH

Sekianlah artikel Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/azmin-sukar-pertahankan-jawatan-mb.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin sukar pertahankan jawatan MB Selangor...Habis lah...Kata Orang INI KALI LAH"

Posting Komentar