Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS

Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS
link : Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS

Baca juga


Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS

Sindiran Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali terhadap “tok lebai”, yang dipercayai dituju kepada ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz mendapatkan kecaman pemimpin parti parti.
Ketua Pemuda PAS Subang Hanafi Zulkapli menyifatkan kenyataan Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sebagai satu gaya pemikiran yang senteng.
Ini kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan menyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja pilihan raya.
Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas minggu lalu tewas dalam pemilihan pimpinan PAS peringkat kawasan di Pengkalan Chepa.
Anak allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin  yang memperolehi 207 undi.
Ini menyebabkan Azmin, tanpa menyebut nama menyindir seorang ‘tok lebai’ yang bercita-cita hendak menawan Selangor, walaupun “kalah tersungkur” di kawasan sendiri.
Sebelum itu, Nik Abduh berkata, persetujuan untuk PKR menerajui Selangor tidak akan sentiasa kekal seperti sebelum ini.
Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perak.
Dalam kenyataannya, Hanafi menegaskan bahawa kerusi menteri besar yang disandang Azmin adalah “ihsan” PAS dan kemenangannya di Gombak pula hasil kekuatan gerak kerja jentera mereka.
“YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi.
“Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun,” katanya.
Pemuda PAS Subang juga menyeru semua perwakilan PAS di muktamar kawasan masing-masing menyokong usul memutuskan hubungan politik dengan PKR.
Dewan itu juga mengumumkan akan bertanding di dua kerusi PKR dalam pilihan raya umum akan datang iaitu Parlimen Subang dan Kota Damansara, selain kawasan mereka di Paya Jaras.


Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS

Sekianlah artikel Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/azmin-perlu-ingat-kerusi-mb-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin perlu ingat kerusi MB, Parlimen Gombak ihsan PAS"

Posting Komentar