Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara

Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara
link : Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara

Baca juga


Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara

KUALA LUMPUR: Amanah menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi penjelasan lanjut berhubung penglibatan syarikat tempatan dalam penjualan senjata haram dari Korea Utara.
Timbalan Presiden Salahuddin Ayub berkata demikian selepas media pada Februari mendedahkan 2 syarikat tempatan berurusan dengan syarikat yang mempunyai dengan agensi perisikan negara komunis itu.
Amanah bimbang penglibatan syarikat tempatan menyebabkan Malaysia dilihat sebagai perantara untuk negara yang dikenakan sekatan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“KPN perlu membuat siasatan segera berhubung dakwaan Reuters terhadap penglibatan Malaysia dalam penjualan senjata haram daripada Korea Utara,” kata Salahuddin dalam memorandum kepada Khalid, yang diserahkan di Bukit Aman hari ini.
Memorandum diterima wakil Urusetia Ketua Polis Negara (Unit Komunikasi Korporat), Deputi Superintendan Rizal Abdul Rahman Sidek.
Susulan pendedahan Reuters, polis berkata pihak berkuasa dalam proses membatalkan pendaftaran International Global System Sdn Bhd dan International Golden Services Sdn Bhd, yang didapati berurusan dengan Global Communications Co (Glocom), sebuah syarikat yang dikawal agensi perisikan Korea Utara, Biro Umum Peninjauan.
Agensi itu ditugaskan untuk menjalankan operasi luar negara dan perolehan senjata yang dikenakan sekatan PBB.
Reuters melaporkan Glocom beroperasi di Brickfields, Kuala Lumpur dan pernah menyertai beberapa pameran senjata termasuk di Malaysia. Glocom menjual peralatan radio yang digunakan di medan perang dan didakwa Reuters melanggar sekatan PBB.
“Bagaimana syarikat yang ada kaitan dengan agensi risikan Korea Utara boleh beroperasi secara sah di Malaysia,” soal Salahuddin.
“Adakah mereka (pihak berkuasa) mengetahui kewujudan syarikat tersebut di Malaysia, dan kenapa syarikat itu ditutup secara tiba-tiba sejurus berlakunya kes pembunuhan Kim Jong Nam,” tambahnya.
Setiausaha agung persatuan veteran Umno, Datuk Mustapha Ya’akub, mengakui terlibat dalam penubuhan International Global System. Ahli perniagaan itu mendakwa pembabitannya semata-mata atas kepentingan perniagaan selepas disyorkan oleh kedutaan Korea Utara.
Hubungan Malaysia-Korea Utara menjadi tegang selepas Kim Jong Nam, abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un, dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada 13 Februari lalu. #sumber


Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara

Sekianlah artikel Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/amanah-gesa-kpn-perjelaskan-isu-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Amanah Gesa KPN Perjelaskan Isu Jual Senjata Haram Korea Utara"

Posting Komentar