9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara

9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara
link : 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara

Baca juga


9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara

9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara. Detik yang melegakan bagi juruterbang Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis ialah apabila pesawat yang membawa 9 rakyat Malaysia mendapatkan “lampu hijau” untuk berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang.

Pesawat Bombardier Global Express milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu sepatutnya berlepas pada 6.30 petang waktu Malaysia Khamis namun jadual penerbangan itu ditunda kepada 7.45 malam (waktu Malaysia).

9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara.  “Puncanya tidak diketahui tapi memandangkan kita berada di negara orang, kita ikut saja kehendak mereka,” katanya yang ditemui media selepas berjaya mendaratkan pesawat itu dengan selamat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal Jumaat.

Pesawat khas itu ditugaskan untuk misi membawa pulang petugas kedutaan Malaysia di Korea Utara dan ahli keluarga mereka selepas dihalang meninggalkan negara itu susulan krisis diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang.

Hasrizan dan kru penerbangan, yang dimaklumkan mengenai tugasan tersebut pada Isnin lepas, tidak memakai pakaian seragam TUDM, sebaliknya hanya berpakaian kru penerbangan biasa kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa negara itu.

9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara


Pesawat itu singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Fuzhou Changle di China untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Malaysia, katanya.

“Syukurlah akhirnya kita sampai Malaysia walaupun ada tunda,” katanya.

Ini merupakan misi kedua seumpamanya dilaksanakan Hasrizan selepas misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Libya pada 2011.

Pesawat membawa 9 rakyat Malaysia selamat tiba di KLIA pada pukul 5.03 pagi ini.

Mereka ialah pembantu peribadi duta besar, Noor Saaidah Jamaluddin, 29; suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia 8 bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (pegawai tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta 3 anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara


Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Pada 13 Februari lepas, Jong Nam didakwa dibunuh 2 wanita warga asing ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki pesawat ke Macau. - fmt



Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image








9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara

Sekianlah artikel 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca 9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/03/9-rakyat-malaysia-selamat-tiba-dari.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "9 Rakyat Malaysia Selamat Tiba Dari Korea Utara"

Posting Komentar