Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam

Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam
link : Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam

Baca juga


Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam

PETALING JAYA: Klip rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan saat Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin utama Korea Utara, dibunuh oleh seorang wanita berpakaian baju T “LOL”, kini dimuat naik di beberapa laman perkongsian video termasuk YouTube.
Rakaman di terminal tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) itu menunjukkan wanita dipercayai Doan Thi Huong, yang kini dalam tahanan polis, menghampiri Kim daripada belakang sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun, ketika di bahagian pendaftaran masuk bagasi.
Video itu dimulakan dengan Kim dilihat tiba di klia2 sambil memikul sebuah bag. Selepas memandang ke arah skrin jadual penerbangan, dia kemudian ke sebuah kiosk tiket, dipercayai bagi mengesahkan tiket penerbangannya ke Macau.
Rakaman yang agak kabur kemudian menunjukkan Doan terlibat dalam pergelutan dengan Kim di khalayak ramai, sebelum wanita itu beredar daripada situ, sambil berjalan keluar seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku.
Satu lagi rakaman daripada sudut lain menunjukkan Kim bergegas mengatakan sesuatu kepada anggota keselamatan klia2, dan kemudian ke sebuah klinik.
Kim merupakan abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un. Beliau dilaporkan hidup dalam buangan di Macau dan dalam perjalanan pulang ke sana dari Kuala Lumpur apabila diserang di klia2.
Semalam, sumber dari Korea Selatan, seteru utama jirannya, memetik siasatan Malaysia yang mendapati Pyongyang merupakan dalang di sebalik kematian Kim.
Selain daripada 2 wanita, polis sudah menahan 2 lagi, termasuk seorang lelaki Korea Utara, dan sedang memburu 4 lagi rakyat negara itu yang meninggalkan Malaysia pada 13 Februari, hari pembunuhan itu berlaku. #sumber


Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam

Sekianlah artikel Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/video-rakam-wanita-lol-berjalan-selamba.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Video Rakam Wanita LOL Berjalan Selamba Selepas Serang Jong Nam"

Posting Komentar