Judul : Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB
link : Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB
Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB
ANTARAPOS.COMJOHOR BAHRU: Tiada kelibat kumpulan remaja berbasikal yang dikatakan mahu menganjurkan perhimpunan di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru di sini, pagi ini.
Memetik laporan Berita Harian Online, tinjauan mendapati kawasan yang dicadangkan sebagai lokasi himpunan itu lengang.
Bagaimanapun kelihatan beberapa anggota polis dan trafik berkawal di sekitar dataran itu,
Terdahulu, penganjuran himpunan itu menjadi viral dalam laman Facebook selepas beberapa kenyataan dimuat naik dikongsi sejak kelmarin.
Difahamkan, himpunan itu bertujuan menyatakan solidariti terhadap kumpulan remaja berbasikal yang terlibat dalam rempuhan yang mengakibatkan lapan daripadanya maut, minggu lalu.
Ia juga dikatakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemandu wanita yang merempuh kumpulan remaja berbasikal berkenaan, yang kini dibebaskan dengan jaminan polis.
Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat, ketika dihubungi berkata pihak polis sentiasa bersiap-siaga dengan sebarang kemungkinan di kawasan dataran berkenaan.
Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, dalam satu kenyataan mengingatkan orang ramai terutama kumpulan berbasikal untuk tidak menganjur atau terbabit dengan mana-mana perhimpunan.
Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB
Sekianlah artikel Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Sudah dibaca Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tiada-himpunan-remaja-berbasikal-di.html
0 Response to "Tiada himpunan remaja berbasikal di Dataran MBJB"
Posting Komentar