"Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah

"Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah - Hallo sahabat Malaysia dan Sekitarnya, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita, Artikel Budaya, Artikel Kabar, Artikel Malaysia, Artikel Melayu, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Sosial, Artikel Terbaru, Artikel Terkini, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah
link : "Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah

Baca juga


"Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah


PETALING JAYA: Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan badan bola sepak itu dikendalikan individu yang salah sehingga menyebabkan imej persatuan tersebut dipandang serong oleh masyarakat.

Menerusi kenyataan terbaharu dalam laman rasmi Facebook JOHOR Southern Tigers, Tunku Ismail berkata, FAM merupakan organisasi yang baik dan memerlukan pemimpin yang dilahirkan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Malah katanya, FAM tidak memerlukan seseorang yang kelaparan untuk berkuasa dan berpura-pura berkhidmat kepada rakyat tetapi kenyataannya lebih kepada kepentingan dan keuntungan peribadi mereka sendiri.

"Ada sesetengah (pihak) menyatakan FAM adalah sebuah organisasi yang tidak baik, apakah yang sedang saya lakukan?

"Jawapan saya adalah, FAM bukan sebuah organisasi yang tidak baik. FAM adalah organisasi yang baik tetapi dikendalikan oleh orang yang salah.

"Ini adalah organisasi yang indah tetapi ia telah dimusnahkan sama sekali oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.," kata beliau.

Mengulas tentang keputusan untuk bertanding sebagai Presiden FAM, Tunku Ismail berkata, beliau melakukannya kerana rakyat yang mahukannya datang, dan memperbaiki beberapa perkara.

Selain itu katanya, beliau mengambil cabaran itu sebagai satu amanah seperti dimahukan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang juga merupakan ayahandanya.

"Saya mahu mengambil kesepmatan untuk membuat perubahan dan inilah satu-satunya sebab mengapa saya ingin melakukannya.

"Saya tidak membuat keputusan untuk melakukannya kerana saya mahu, tetapi kerana takut apa akan berlaku dalam bola sepak jika ia jatuh ke tangan orang yang salah.

"Jika itu berlaku, kita semua akan kembali semula seperti asal. Untuk mengubah dan merombak FAM, inilah peluang kita. Inilah peluang kita untuk mengubah buat selama-lamanya dan kembalikan ia menjadi seperti Jepun, Thailand dan negara-negara lain yang berjaya," jelasnya.

Bagaimanapun Tunku Ismail mengakui beliau tidak mampu melakukan perubahan itu secara bersendirian sebaliknya mengajak rakyat untuk bersamanya. 

"Ini adalah masa untuk kita mempertingkatkan dan menuju kehadapan bersama-sama. Kekal bersatu dan kemudian melaksanakan idea-idea dan dasar-dasar bersama dengan tujuan yang sama bagi memajukan bola sepak negara kita.

"Apabila bersatu, kita akan lakukannya dengan baik agar satu hari nanti cucu cicit kita akan melihat pencapaian kita dan akan berbangga dengan kita apabila mencapai kejayaan mengambil alih dari sebuah organisasi yang telah berkuasa sejak 30 tahun lalu. Biarlah kita sentiasa diingat sebagai penyelamat bola sepak Malaysia," katanya. #sumber


"Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah

Sekianlah artikel "Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Sudah dibaca "Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah linknya https://malaysiadansekitarnya.blogspot.com/2017/02/tengku-mahkota-johor-fam-di-kendalikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Tengku Mahkota Johor", FAM Di Kendalikan Oleh Orang Yang Salah"

Posting Komentar